Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei secara rasminya bersara selepas 18 tahun menabur bakti dalam sukan negara.
Beliau mengumumkan persaraan tersebut ketika temuramah bersama pihak media seperti yang dilapor Bernama sebentar tadi.
“Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei hari ini mengumumkan persaraannya selepas 18 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga.
“…dengan rekod satu pingat emas Kejohanan Asia, empat pingat emas Sukan SEA serta tiga penampilan di temasya Sukan Olimpik,” lapor Bernama.
Sementara itu, Lee Hup Wei turut menceritakan kembali perjalanan kariernya dalam sukan olahraga negara dalam temuramah itu.
“Saya bermula pada 2004 pemain kebangsaan sebagai pelapis kumpulan sampai sekarang saya sudah sampai ke tahap ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Imbas kembali, Lee Hup Wei dilahirkan pada 5 Mei 1987 di Kajang, Selangor dan merupakan satu-satunya lelaki tunggal dalam adik-beradiknya.
Difahamkan, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil sebelum meneruskannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Sumber: BERNAMA