Berita

Berita
Treler Terkandas, Lebuh Raya Kuala Kangsar – Changkat Jering Sesak 20 KM
IPOH, 26 Mac – Kesesakan di laluan mendaki di KM231.9 di antara Kuala Kangsar-Changkat Jering di Lebuhraya Utara-Selatan berpunca daripada sebuah treler yang terkandas di lorong perlahan akibat kehabisan minyak dan kerosakan enjin. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan insiden tersebut telah berjaya diselesaikan dan treler yang terbabit telah dialihkan ke tempat letak kenderaan […]
Berita
Seniman Popular & Pelakon Veteran, Amran Tompel Meninggal Dunia
Pelakon dan pelawak veteran terkenal, Amran Tompel meninggal dunia pada pukul 4.37 petang Sabtu di kediamannya di Senawang, Negeri Sembilan. Memetik daripada Astro Awani, Allahyarham Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 72 tahun akibat kanser usus. Beliau dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura dan beliau meninggal dunia pada […]
Berita
Lapor Keputusan Palsu Covid-19, Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang – Khairy
SEPANG, 26 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didapati memalsukan keputusan kit saringan pantas (RTK) antigen dalam aplikasi MySejahtera, kata Menterinya Khairy Jamaluddin. Bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan, Khairy berkata perbuatan melaporkan keputusan saringan COVID-19 yang palsu adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Beliau berkata […]
Berita
Akta Baharu Larang Aktiviti Merokok Dibentang Julai ini
SEPANG, 26 Mac – Akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005, akan dibentangkan pada sesi persidangan Parlimen Julai ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata rang undang-undang (RUU) tersebut sedang dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara. “Saya rasa dalam tempoh […]
Berita
Pekebun Kecil Risda Boleh Dapat Manfaat Sekiranya Ketum Dibenar Eksport – Mahdzir
KUALA NERANG, 26 Mac – Pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mungkin boleh mendapat manfaat sekiranya kerajaan Persekutuan membenarkan eksport daun ketum ke luar negara. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekiranya eksport ketum menjadi sah di sisi undang-undang, tidak menjadi kesalahan bagi pekebun kecil getah untuk […]
Berita
KPM Umum Tarikh Peperiksaan SPM 2021 Sesi Kedua Bermula 5 April-19 Mei Ini
PUTRAJAYA – Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi kedua untuk seluruh negara telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dalam satu kenyataan hari ini. Lembaga Peperiksaan (LP) telah menetapkan tarikh untuk Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis peperiksaan SPM 2021 […]
Berita
Institut Gunung Berapi Filipina Tingkatkan Tahap Amaran Gunung Taal
MANILA, 26 Mac – Institut Volkano dan Seismologi Filipina pada Sabtu meningkatkan amaran berjaga-jaga selepas mengesan “peningkatan aktiviti gunung berapi” di Gunung Taal, dekat Manila. Institut itu meningkatkan amaran kepada tahap tiga daripada lima selepas gunung berapi pulau itu mengeluarkan kepulan asap setinggi 1,500 meter disertai kejadian gempa bumi pada 7.22 pagi waktu tempatan, lapor […]
Berita
Legenda WWE & Juara Dunia 14 Kali, Triple H Umum Bersara Dari Dunia Gusti
Selepas lebih 30 tahun mengabdikan diri dalam ‘dunia’ gusti profesional, legenda WWE, Triple H hari ini telah mengumumkan persaraannya daripada menyertai sebarang pertandingan gusti. Beliau membuat pengumuman tersebut dalam temu bual bersama ESPN pada Jumaat. Menurut kenyataan, keputusan itu diambil atas faktor kesihatannya yang kini tidak lagi mengizinkan beliau bergerak aktif dalam sukan tersebut. Triple […]
Berita
Debu ‘Penuhi’ Langit, Gunung Berapi Taal Di Filipina Muntahkan Asap & Wap Panas Ke Udara
MANILA – Gunung Berapi Taal di selatan Manila yang menunjukkan aktiviti aktif telah menghemburkan asap dan wap panas sehingga kelihatan ke udara. Berdasarkan laporan BNO News, asap berkepul ke udara itu kelihatan sekitar jam 8.30 pagi pada hari ini. Memetik daripada laporan Bernama, Institut Volkano dan Seismologi Filipina telah meningkatkan amaran tahap tiga daripada lima […]
Berita
Doktor Di Korea Dakwa Individu Tak Pernah Kena Covid Mungkin Sebab Tiada Kawan & Ada Masalah Hubungan
SEOUL – Satu kenyataan oleh seorang doktor pakar di Korea Selatan baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas beliau menyatakan bahawa individu yang belum dijangkiti Covid-19 berkemungkinan kerana mereka tidak mempunyai atau tiada kawan. Menurut doktor pakar yang juga merupakan Naib Presiden Persatuan Vaksin Korean, Ma Sang-hyuk menerusi Facebooknya mendakwa, orang dewasa yang belum pernah dijangkiti Covid-19 […]
Berita
Operasi Ketenteraan Rusia Di Ukraine Diteruskan – Pegawai
MOSCOW, 26 Mac (Bernama) — Operasi ketenteraan khas di Ukraine akan diteruskan sehingga semua tugasan selesai, lapor Xinhua memetik kenyataan Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia Dmitry Medvedev pada Jumaat. “Tugasan itu mempunyai kaitan dengan masa depan Ukraine: status Ukraine sebagai negara berkecuali, negara yang tidak melaksanakan dasar anti-Rusia, bukan negara ketenteraan, dan sebagai jiran biasa […]
Berita
Tangki Minyak Di Jeddah Dilapor Terbakar, Didakwa ‘Dibedil’ Peluru Berpandu Houthi
JEDDAH – Tangki minyak simpanan dipercayai milik Aramco di Jeddah dilapor terbakar, didakwa berpunca daripada serangan pemberontak Houthi Yaman. Memetik daripada laporan ringkas CNBC, kumpulan itu bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengaku bahawa pihaknya melancarkan serangan tersebut. Namun begitu, dalam satu tweet lebih awal, jurucakap pemberontak Houthi mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan operasi ketenteraan jauh […]
Berita
Lelaki Thailand Terlibat Pemerdagangan Migran Rohingya Ke Malaysia Ditangkap Selepas 7 Tahun
BANGKOK, 25 Mac – Polis Thailand menahan seorang lelaki tempatan kerana didakwa terlibat dengan kes pemerdagangan migran Rohingya ke Malaysia. Menurut laporan Bangkok Post lelaki berusia 54 tahun dari daerah Sadao di wilayah selatan Songkhla itu ditahan di Samut Prakan, selatan Bangkok pada Khamis selepas tujuh tahun melarikan diri. Komander Polis Daerah Wilayah 8, Mejar […]
Berita
Remaja Maut, Tergelincir & Jatuh Dari Permainan “Fun Fair” Setinggi 430 Kaki
CALIFORNIA – Seorang remaja lelaki maut selepas tergelincir dan jatuh dari tempat duduknya ketika menaiki permainan ‘Orlando Free Fall’ setinggi 430 kaki di taman tema Icon Orlando. Memetik daripada laporan Dailymail, identiti remaja tersebut masih belum dapat dikenal pasti kerana kecederaan yang dialaminya sangat teruk. Pekerja taman tema itu mendakwa mangsa tergelincir dan jatuh pada […]
Berita
Dua Tahun Terpisah, Lelaki Nekad Kayuh Bot Getah 2000km Dari Thailand Ke India Untuk Jumpa Isteri
PHANGNA – Perasaan rindu yang mendalam seorang suami ke atas isterinya membuatkan seorang lelaki Vietnam nekad mendayung bot getah dari Phuket, Thailand ke India sejauh kira-kira 2000km (kilometer). Bagaimanapun, usahanya tidak berhasil sebelum terpaksa diselamatkan daripada bot getah yang dinaikinya selepas mengharungi perjalanan hanya kira-kira 80 kilometer. Lelaki berusia 37 tahun itu dilapor ditemui oleh […]
Berita
Dua Lelaki Ditahan Kes Halang Ambulans
SHAH ALAM, 25 Mac – Polis menahan dua lelaki kerana disyaki menghalang laluan ambulans yang sedang membawa pesakit ke hospital semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 4 petang tadi. Katanya mereka ditahan susulan […]
Berita
Thailand Setuju Buka Pintu Sempadan Di Wang Kelian Dan Bukit Kayu Hitam – PM
KANGAR, 25 Mac (Bernama) — Thailand bersetuju untuk membuka pintu sempadan daratnya dengan Malaysia iaitu di Wang Kelian, Perlis dan Bukit Kayu Hitam, Kedah mulai 1 April ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu merupakan berita gembira khususnya bagi penduduk di kedua-dua negeri berkenaan. Beliau berkata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga […]
Berita
Penyanyi, Komposer Disyaki Tanam Dan Proses Ganja Direman 7 Hari
PETALING JAYA, 25 Mac (Bernama) – Seorang penyanyi dan komposer yang diberkas di kediamannya dalam satu serbuan di sebuah kondominum semalam kerana disyaki menanam pokok ganja dan memproses ganja direman tujuh hari bermula hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berumur 47 tahun yang mempunyai rekod penyalahgunaan dadah […]
Berita
Polis Tahan Bapa 3 Kanak-Kanak Buat Aksi Bahaya Dalam Kereta
IPOH, 25 Mac – Polis menahan bapa kepada tiga kanak-kanak yang membuat aksi berbahaya dengan mengeluarkan separuh badan dari dalam kereta yang sedang bergerak dipercayai dirakam di Jalan Tambun di sini, seperti yang tular dalam media sosial semalam. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Sunway City […]
Berita
Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Badai Hampir Seluruh Negara Sehingga 8 Malam Ini
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 4.55 petang (25 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan seluruh negara sehingga 8 malam ini. Antara negeri dan kawasan yang dijangka terlibat adalah Perlis. Manakala di Kedah, kawasan-kawasan yang diramal akan dilanda fenomena cuaca berkenaan adalah […]