Berita

Singapura Tarik Balik Empat Produk Kinder Keluaran Belgium Dari Pasaran
SINGAPURA, 12 April (Bernama) — Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik empat lagi produk coklat Kinder keluaran Belgium dari pasaran, berikutan amaran penarikan balik baharu yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Ireland (FSAI) kerana kemungkinan dicemari Salmonella. Agensi itu mengarahkan lima pengimport untuk menarik balik produk terbabit. “Penarikan balik produk itu sedang dibuat,” menurut SFA di laman sesawangnya hari […]

Kaukus Medical Cannabis Bawa Isu Industri Hem, Ganja Dan Ketum Kepada PM
KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Kaukus Medical Cannabis hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan isu-isu dasar berkaitan industri hem, ganja untuk tujuan perubatan dan ketum untuk kegunaan di Malaysia. Menurut kaukus berkenaan dalam kenyataan hari ini, semasa pertemuan itu perdana menteri telah memberi respons positif terhadap isu-isu yang dibangkitkan dan isu-isu berkenaan […]

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Landa 10 Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga 9 malam ini. Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda seluruh Kuala Lumpur dan daerah Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah. Selain itu, di negeri Perak, daerah yang terlibat adalah Kuala Kangsar, Kinta, […]

Tumpahan Asid Sulfurik, 61 Pelajar SMA Nurul Islam Dimasukkan Ke Hopital
JITRA, 12 April (Bernama) — Sebanyak 61 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Nurul Islam, Ayer Hitam dekat sini dimasukkan ke hospital selepas terhidu tumpahan asid sulfurik dalam kejadian pagi ini. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika tiga pekerja sebuah syarikat sedang melakukan kerja-kerja memunggah dan […]

Pelawak Terkenal, Empat Rakan Didakwa Miliki Dadah
KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Seorang pelawak terkenal dan empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin. Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin. Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah berbahaya jenis ketamin dengan berat bersih 0.37 […]

Kelibat Lewis Hamilton Di KLCC, Netizen Teruja Jumpa Idola ‘Depan-depan’
Kelibat Lewis Hamilton di KLCC, bikin peminat-peminat Formula One di Malaysia jadi teruja dapat bertemu idola mereka itu secara depan-depan. Lewis Hamilton merupakan nama yang tidak asing dalam dunia sukan perlumbaan kereta Formula One. Lelaki berusia 37 tahun yang sudah pasti menjadi kegilaan peminat F1 di seluruh dunia itu merupakan kelahiran Stevenage, United Kingdom. Namun […]
Kanak-Kanak Hiperaktif Maut Terjatuh Dari Tingkat 11 Pangsapuri
KUALA LUMPUR, 12 April – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 di Pangsapuri Intan, Taman Puchong Intan, Subang Jaya, dekat sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 6.45 petang. Beliau berkata mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan terlentang […]
Youtuber, Tiga Rakan Disambung Reman Hingga Jumaat Bantu Siasatan Bunuh Kekasih
BALIK PULAU, 12 April – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan ke atas seorang Youtuber dan tiga rakannya berhubung kejadian teman wanita Youtuber itu yang meninggal dunia dalam kejadian di Teluk Kumbar di sini 2 April lepas. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata sejurus lengkap, kertas siasatan itu dijangka diserahkan kepada pejabat […]

Seorang Lagi Banduan Larikan Diri Dari Penjara Jelebu Berjaya Ditahan
JELEBU, 12 April (Bernama) — Seorang lagi banduan daripada lima yang masih bebas selepas melarikan diri dari Penjara Jelebu dua hari lepas ditahan di Sungai Muntoh, Titi, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata lelaki berkenaan, Shazuan Md Sharif, 32, ditahan kira-kira 4 pagi dan Mahkamah Majistret Bahau kemudian […]

Viral Penduduk Bakar Honda, Polis Beri ‘Salam’ & Minta Tampil Ke Balai
Viral video penduduk kampung bakar sebuah kereta Honda jenis Odyssey dipercayai kerana mencuri lembu milik di kawasan sana. Ekoran kejadian itu, pihak polis daerah Kemaman meminta semua yang terlibat dalam kejadian tersebut untuk tampil ke balai dipercayai bagi membantu siasatan. ‘Jemputan’ secara terbuka itu diumum menerusi satu kenyataan di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman […]

Indonesia Sambung Operasi Cari Penyelam Belanda
JAKARTA, 12 April (Bernama) — Operasi mengesan penyelam remaja warga Belanda yang dikatakan telah meninggal dunia selepas hilang di perairan Lagoi, Bintan, Kepulauan Riau diteruskan agensi mencari dan menyelamat Indonesia. Menurut laporan media di Malaysia, Nathan Renze Chesters, 14, antara empat orang yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing, […]

Lelaki Palestin Mati Ditembak, Selepas Didakwa Tikam Pegawai Polis Israel
JERUSALEM – Seorang warga Palestin didakwa bertindak menikam seorang pegawai polis Israel sebelum dia ditembak mati di Bandar Pelabuhan Israel Ashkelon pada Selasa. Menurut polis, seorang pegawai menjalankan pemeriksaan kepada lelaki itu yang berusia lingkungan 40-an kerana kelihatan mencurigakan. Dalam insiden tersebut, lelaki itu didakwa mengeluarkan pisau dan menyerang pegawai berkenaan. Bagaimanapun, pegawai itu bertindak […]

Polis Tahan Pemandu Lawan Arus, Langgar Dua Penunggang Motosikal Di SKVE
SHAH ALAM, 12 April- Polis menahan seorang lelaki tempatan yang memandu secara melawan arah dan disyaki melanggar dua penunggang motosikal di Kilometer 30.1 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke arah Bandar Saujana Putra, petang semalam. Ketua Polis Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan selepas […]

Jepun Sahkan Kes Pertama Varian Omicron XE
TOKYO, 12 April (Bernama) — Jepun mengesahkan kes pertama varian Omicron XE melibatkan seorang wanita yang tiba di lapangan terbang Narita, Tokyo pada 26 Mac, menurut Agensi Berita Kyodo. Wanita berusia 30-an itu tinggal di Amerika Syarikat dan tidak menunjukkan sebarang gejala ketika tiba di lapangan terbang, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan pada Isnin, […]

Pemandu Treler Maut Dihempap Muatan Konkrit
TAIPING – Seorang pemandu maut dihempap muatan konkrit selepas treler yang dipandunya terbabas di Kilometer 220, Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi tadi. Memetik Awani, mangsa yang berumur 33 tahun disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan selepas dihempap konkrit. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan tentang kejadian tersebut […]

Honda Odyssey Dipercayai Curi Lembu Dibakar Penduduk Kampung
Sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey yang dipercayai digunakan untuk curi lembu akhirnya dibakar oleh sekumpulan lelaki dipercayai penduduk kampung, lapor Kosmo!. Video tersebut dikongsikan di laman Facebook Info Bencana Terengganu pada semalam. Menurut Kosmo!, beberapa individu dipercayai telah menggunakan kereta honda tersebut untuk curi lembu di sebuah ladang kelapa sawit. Difahamkan, tarikh sebenar kejadian tersebut […]

MPV Terbabas Bawa Enam Guni Mercun Bola Di Pasir Mas – Polis
KOTA BHARU, 12 April – Sebuah kenderaan pelbagai guna yang membawa enam guni berisi mercun bola ditemukan terbabas di dalam parit berdekatan Taman Prima dekat Lubok Jong, Pasir Mas, petang semalam. Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata kejadian dimaklumkan orang awam yang melaporkan sebuah Toyota Wish telah terbabas dalam keadaan […]

Polis Kesan Sekumpulan Lelaki Main Meriam Karbaid
BUKIT MERTAJAM, 12 April (Bernama) — Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang bermain meriam karbaid di tepi Jalan Permatang Rawa, di sini selepas video mereka tular menerusi media sosial sejak semalam dan menerima kecaman netizen kerana berbahaya. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata rakaman video berdurasi dua minit dan 20 saat […]

Orang Ramai Bertempiaran Lari, Bunyi Letupan Kuat Gegarkan Times Square New York
Tular beberapa video di media sosial yang memaparkan kekecohan yang berlaku di Times Square, New York petang semalam dimana orang ramai bertempiaran lari akibat bunyi letupan yang kuat. Menerusi video yang dikongsikan DailyMail, orang ramai dilihat berlari dengan ada yang hanya berdiri kaku kerana mendengar letupan kuat tetapi tidak pasti apa yang berlaku. Memetik Daily […]

Polis Terengganu Sita Aset Hasil Edar Dadah Bernilai RM4.3 Juta
KUALA TERENGGANU, 12 April – Polis Terengganu menyita tujuh lot tanah di beberapa lokasi di negeri ini termasuk yang menempatkan 10 unit chalet bernilai RM4.3 juta, disyaki diperoleh daripada pendapatan kegiatan mengedar dadah. Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata kejayaan itu susulan penangkapan dua suspek pengedar melibatkan rampasan dadah disyaki jenis ganja seberat […]