Berita

Reog Ponogoro: Wakil Indonesia Ke UNESCO Sahkan Malaysia Tak Pernah “Claim” Tarian Ini
KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, Menteri Penyelasas Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy mendakwa Malaysia mahu mengiktiraf tarian Reog Ponogoro sebagai warisan negara ini. Hal ini membuatkan ‘anak seni’ tarian Reog Ponogoro membantah dan mengarahkan pemerintah untuk mendaftarkan tarian ini sebagai warisan budaya Indonesia. Terbaharu, Wakil Delegasi Indonesia, Prof Ismunandar menegaskan bahawa Malaysia tidak […]

Pemandu Bezza Lawan Arus, Rempuh Dua Motosikal
Seorang pemandu Perodua Bezza dikesan memandu dalam keadaan lawan arus serta turut merempuh motosikal seperti yang tular di media sosial hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku semasa penunggang motosikal jenis Honda Dash tersebut menunggang motosikalnya dari arah Banting menghala […]

Perlawanan Bundesliga Dihentikan Sementara Untuk Pemain Muslim Berbuka Puasa, Kali Pertama Dalam Sejarah
Kali pertama dalam sejarah, perlawanan bola sepak liga Jerman, Bundesliga dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada pemain Muslim berbuka puasa. Demikianlah seperti yang berlaku ketika perlawanan Ausgburg menentang Mainz 05 yang baru saja berlangsung baru-baru ini semasa bulan Ramadan. Dalam perlawanan tersebut, antara pemain Muslim yang beraksi adalah Moussa Niakhaté dari Ausgburg. Menariknya, beliau sanggup […]

Kematian Dicemburui, Pesara TUDM Meninggal Dunia Semasa Solat Isyak Berjemaah Di Bulan Puasa
KUALA SELNGOR – Seorang lelaki berusia 51 tahun meninggal dunia semasa solat Isyak berjemaah di Masjid Annur (MAN), Saujana Utama, Sungai Buloh malam tadi. Memetik Utusan, pesara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) yang berasal dari Melaka itu sebelum itu rebah dalam rakaat pertama sebelum disahkan meninggal dunia. Kematiannya disahkan oleh sekumpulan paramedik dari Hospital Sungai Buloh. […]

Budak Tiga Tahun Didakwa Diculik Jembalang
Argentina – Seorang kanak-kanak didakwa telah diculik oleh jembalang dan dicampak ke dalam lagun sebelum dia diselamatkan oleh anjingnya. Memetik laporan Daily Star, kejadian itu berlaku di wilayah Corrientes di timur laut Argentina pada 6 April lalu. Penduduk tempatan mendakwa bahawa kanak-kanak itu telah diculik oleh makhluk mitos seperti jembalang yang popular dalam cerita dongeng […]

ADUN Rugi Lebih RM80,000 Ditipu Sindiket Macau Scam
KOTA BHARU, 11 April (Bernama) — Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan mengalami kerugian RM84,529 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kelantan ACP Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 57 tahun itu menyedari ditipu selepas […]

COVID: MDA Batal Kelulusan Bersyarat Dua Kit Ujian Kendiri
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah membatalkan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID-19 daripada Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad. Perkara itu dimaklumkan MDA menerusi infografik serta kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Facebook rasmi hari ini. “Pembatalan ini (kelulusan bersyarat) dibuat kerana syarikat […]

Nicky Liow Akhirnya Serah Diri – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Lebih setahun menjadi buruan polis, ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee, yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai “Geng Nicky”, akhirnya tampil menyerah diri pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain yang mengesahkan perkara berkenaan berkata Liow, 34, ditahan selepas menyerah diri secara sukarela di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah […]

Rumah Diceroboh Singa, Lelaki Nekad ‘Bertarung’ & Bunuh Guna Tangan
Seorang lelaki di Uganda nekad membunuh seekor singa dengan menggunakan tangannya sahaja sebelum menyiat haiwan itu dan memasaknya untuk makan malam. Memetik laporan Daily Star, lelaki tersebut terpaksa bertarung nyawa dengan singa itu setelah haiwan pemangsa tersebut memasuki kawasan rumahnya. Beberapa keping gambar selepas kejadian itu menjadi tular di media sosial. Menerusi salah satu gambar […]

Kos Tunai Haji Melalui Syarikat Swasta Dijangka Cecah RM50,000
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Kos menunaikan ibadah haji tahun ini menerusi syarikat pengendali umrah dan haji swasta dijangka mencecah antara RM40,000 hingga RM50,000 seorang, kata Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham. Beliau berkata ini berikutan kos pengurusan haji yang semakin meningkat meliputi penginapan, makanan dan […]

Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Semua Penjawat Awam Termasuk Yang Tidak Dapat Dos Vaksin Lengkap – PM
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 April lepas adalah untuk semua penjawat awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi COVID-19 lengkap. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pengumuman beliau sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran […]

Sah, Duta Besar Malaysia Ke UAE Dan Konsul Jeneral Di Dubai Dipanggil Pulang
PUTRAJAYA, 11 April (Bernama) — Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai telah dipanggil pulang ke Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) kerana gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke UAE, akhir bulan lepas. Menurut kenyataan Wisma Putra pada Isnin, […]

Ras Adiba Sokong Tamat Lantikan Syed Azmi Sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-kanak KL
Senator Parlimen mewakili Orang Kelainan Upaya (OKU), Ras Adiba Mohd Radzi memberi sokongan penuh atas penamatan lantikan jawatan Syed Azmi sebagai penasihat mahkamah kanak-kanak. Maklum Ras Adiba, sokongan penamatan lantikan jawatan bagi individu tersebut turut dibawa sehingga ke peringkat Perdana Menteri. “Saya menyokong penuh memorandum yang mengesyorkan untuk menamatkan lantikan Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat […]

Lima Termasuk Anggota Polis Didakwa Miliki Air Ketum
KOTA BHARU, 11 April (Bernama) — Lima termasuk seorang anggota polis wanita berpangkat Lans Koperal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki 2.5 liter air daun ketum, Khamis lepas. Tertuduh, Raja Rozalia Fadila Raja Mamat, 30; Wan Muhammad Alif Wan Yusoff, 20; Muhammad Faries Aizat Ruslan, 23; Anis Najiehah Muhammad Anggelan, 27; dan […]

Pelajar Undang-undang Maut Makan Gula-Gula Ganja
Seorang pelajar undang-undang maut selepas makan gula-gula manis dipercayai terkandung ganja yang dibelinya baru-baru ini, lapor BBC. Menurut BBC, wanita berusia 23 tahun dari Ilford, London itu pada asalnya membeli gula-gula ganja berkenaan daripada seorang individu menerusi talian mesej. Setibanya gula-gula ganja tersebut di rumahnya, dia bersama seorang lagi rakannya memakan makanan tersebut pada malam […]

Wanita Lahir Tiga Kembar Seiras, Satu Dalam 200 Juta
London – Sepasang suami isteri dari United Kingdom merupakan antara insan yang bertuah kerana memiliki bayi kembar tiga lelaki seiras. Menurut BBC, kembar tiga dan seiras merupakan perkara yang jarang berlaku dan kelahiran unik tersebut umpama satu dalam 200 juta. Kehadiran bayi mereka yang dinamakan Jimmy, Jensen dan Jaxson tidak hanya menceriakan lagi suasana, malah ia […]

Suspek Kes Rogol 12 Tahun Lepas Ditahan Di P. Pinang Kerana Padanan 2 DNA
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Penahanan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan di sebuah bengkel di Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang yang berlaku 12 tahun lepas, adalah kerana padanan dua profil Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang berada dalam sistem data DNA. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata […]

MET Malaysia Keluarkan Amaran Kategori Pertama Ribut Tropika Megi
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu. Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 10 pagi ini, keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah. Ribut tropika Megi itu berada di […]

Projek Jeti Kayu RM50,000: JKR Sarawak Jelaskan Kenapa Kos Tinggi
Projek jeti kayu sepanjang 15 meter dan berukuran satu meter lebar di Kampung Mutap, Bekenu di Sawarak yang menelan kos hingga RM50,000 adalah kerana dibuat daripada kayu belian. Pendedahan tersebut diumumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi satu kenyataan pada semalam, berikutan ia tular di media sosial berkenaan harganya yang didakwa agak ‘tinggi’. “Tular kenyataan […]

Bayaran ePemula: Hanya Transaksi ‘Offline’ Sahaja, Ini 9 Perkara Terkecuali
Seperti yang sedia maklum, golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak, boleh mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program ePemula mulai hari ini. Sejajar dengan pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kewangan (MOF) semalam, kredit e-tunai tersebut boleh ditebus melalui […]