Berita

Projek Jeti Kayu RM50,000: JKR Sarawak Jelaskan Kenapa Kos Tinggi
Projek jeti kayu sepanjang 15 meter dan berukuran satu meter lebar di Kampung Mutap, Bekenu di Sawarak yang menelan kos hingga RM50,000 adalah kerana dibuat daripada kayu belian. Pendedahan tersebut diumumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi satu kenyataan pada semalam, berikutan ia tular di media sosial berkenaan harganya yang didakwa agak ‘tinggi’. “Tular kenyataan […]

Bayaran ePemula: Hanya Transaksi ‘Offline’ Sahaja, Ini 9 Perkara Terkecuali
Seperti yang sedia maklum, golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak, boleh mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program ePemula mulai hari ini. Sejajar dengan pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kewangan (MOF) semalam, kredit e-tunai tersebut boleh ditebus melalui […]

Bangunan Hotel Runtuh, Tujuh Dilapor Cedera
Bangunan hotel runtuh dalam satu kejadian di Balearic, Sepanyol hingga menyebabkan beberapa individu cedera termasuk tukang masak. Tujuh orang dilapor cedera dan dua parah apabila siling di bahagian gimnasium sebuah hotel runtuh bersama mesin senaman yang jatuh menghempap bahagian dapur yang berada di bawah. Menurut Mirror, salah seorang daripada yang tercedera itu adalah merupakan seorang […]

Lebih 132,000 Kanak-Kanak Di Malaysia Lengkap Vaksinasi Covid-19
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Sebanyak 132,390 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 1,365,915 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.4 peratus daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi […]

MET Malaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Megi
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat ribut tropika Megi yang boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah. Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini (semalam), MetMalaysia memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 11 pagi tadi (semalam), Ribut Tropika itu dikesan di kedudukan Latitud 10.7 Utara dan Longitud 125.6 […]

Lelaki Maut Dirempuh, Digilis Lori Pagi Tadi
Seorang lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah lori dalam satu kejadian di Perak awal pagi tadi, lapor AWANI. Memetik AWANI, nahas ngeri tersebut dilapor berlaku di Kilometer 281 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sana. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, pada awalnya panggilan mengenai kemalangan tersebut diterima mereka […]

RUU Anti Lompat Parti Dibentang Julai Depan
PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) — Kerajaan menyasarkan untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti pada sesi Parlimen Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kerajaan tidak ada niat untuk melewat-lewatkan atau tidak membentangkan Akta Anti Lompat Parti, namun ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk pindaan RUU […]

Tujuh Lolos Dari Penjara Jelebu, Seorang Sudah Ditahan, Enam Diburu
SEREMBAN, 10 April (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki dan sedang memburu enam lagi yang telah meloloskan diri dari Penjara Jelebu dekat sini kira-kira pukul 3 petang ini. Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata Sohaimi Khalid, 50, berjaya ditahan semula di kawasan kebun kelapa sawit di Kongkoi kira-kira dua kilometer dari Penjara Jelebu pada […]

Heret Anjing Dari Dalam Kereta, Polis Berjaya Kesan Suspek
Johor Bahru – Seorang lelaki dan wanita warga tempatan yang disyaki menarik seekor anjing dari dalam sebuah kereta telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk disoal siasat. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Rupiah Abd Wahid berkata, hasil soal siasat mendapati bahawa kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih yang digunakan […]

Remaja Bunuh Suami Terlepas Hukuman Gantung
MUAR, 10 April (Bernama) — Seorang remaja perempuan terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi Muar mengarahkannya dipenjara pada satu tempoh sehingga mendapat pengampunan Sultan Johor selepas didapati bersalah membunuh suaminya, lima tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Awang Armadajaya Awang Mahmud membuat keputusan ke atas remaja yang kini berusia 22 tahun tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal […]

Bomba Tangkap Ular Sawa Seberat 50 Kg Di Lenggong
IPOH, 10 April (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berjaya menangkap seekor ular sawa yang beratnya dianggarkan 50 kilogram di Sungai Ulu Lenggong, Kampung Ulu Lenggong, kira-kira 80 kilometer dari sini, hari ini. Jurucakap jabatan itu dalam satu kenyataan berkata Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong menerima panggilan telefon mengenai reptilia itu yang […]

Imam Ditahan Polis, Dikesan Berlumba Motor Bersama Rakan
Shah Alam – Seorang lelaki dipercayai imam di sebuah surau yang disyaki berlumba motosikal bersama rakannya ditahan polis di Lebuhraya Klang Baru (NKVE) pada Ahad, lapor Sinar Harian. Merujuk Sinar Harian, aksi lumba berkenaan dilakukan ketika imam tersebut masih berpakaian jubah dan baru sahaja selesai mengimamkan solat sunat tarawih di sebuah surau di Klang. Menurut Timbalan […]

Kaki Kanan Kanak-Kanak Lelaki Tersepit Dalam Eskalator
PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam setelah kaki kanannya tersepit dalam eskalator di sebuah pusat membeli belah di sini hari ini. Kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari ketika mangsa berusia tiga tahun dikatakan turun bersama ibu bapanya menggunakan eskalator dari tingkat dua sebelum kaki kanannya secara tiba-tiba masuk […]

ePemula: E-Tunai RM150 Bagi 18-20 Tahun Boleh Daftar Mulai Esok
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak, boleh mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program ePemula, mulai esok. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kredit e-tunai tersebut adalah melalui satu daripada […]

Apresiasi Seni Menerusi KUL Art Airport Di 4 Buah Lapangan Terbang Antarabangsa
KUALA LUMPUR, 9 April 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Balai Seni Negara menganjurkan KUL Art Airport dengan kerjasama Malaysia Airports. KUL Art Airport merupakan satu inisiatif bagi merealisasikan karya seni awam di 4 buah Lapangan Terbang Antarabangsa kendalian Malaysia Airports iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Pulau Pinang (PIA), Kota […]

Keracunan Makanan: Sampel Puding Buih Dihantar Ke Makmal Untuk Siasatan
KUALA TERENGGANU, 10 April (Bernama) – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menjalankan ujian makmal terhadap sampel puding buih yang dimakan oleh dua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) sehingga menyebabkan mereka mengalami keracunan makanan Rabu lepas. Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Kasemani Embong berkata sampel tersebut akan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal dan keputusannya […]

OP Samseng Jalanan: 30 Lelaki Ditahan, 805 Saman Dikeluarkan – Polis
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Polis Kuala Lumpur menahan 30 lelaki tempatan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan mengeluarkan 805 saman trafik dalam Operasi Samseng Jalanan yang bermula Jumaat hingga awal pagi tadi, di sekitar ibu negara. Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata operasi melibatkan 175 pegawai […]

Covid: Kes Sembuh Lebih Tinggi Berbanding Kes Baharu Semalam
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Sebanyak 15,132 kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 dilaporkan semalam, lebih tinggi berbanding kes baharu iaitu 10,177 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan semalam itu, 10,124 adalah kes tempatan dengan 96.8 peratus adalah warganegara dan 26.4 peratus bukan warganegara […]

Kian Meng – Pei Jing Tamatkan Kemarau Lima Tahun Tanpa Gelaran, Juarai Terbuka Korea
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) – Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengakhiri kemarau lima tahun tanpa gelaran apabila muncul juara kejohanan badminton Terbuka Korea hari ini. Lebih manis, pasangan Malaysia itu meraih kejuaraan tersebut selepas menewaskan gandingan tuan rumah Ko Sung Hyun-Eom Hye Won dalam aksi final yang berlangsung selama 50 minit […]

Gempa Bumi Gegar Kepulauan Nicobar Pagi Tadi
Gempa bumi sederhana telah dikesan berlaku di Rantau India pada pukul 9.35 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Difahamkan, gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Ritcher itu dikesan berlaku di Kepulauan Nicobar, Rantau India. Pusat gempa bumi itu terletak 7.3° Utara dan 94.6° Timur dengan kedalaman 10 kilometer dalam dan 102 kilometer […]