Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kelibat Lewis Hamilton Di KLCC, Netizen Teruja Jumpa Idola ‘Depan-depan’

kelibat Lewis Hamilton di klcc
Gambar: Twitter

Kelibat Lewis Hamilton di KLCC, bikin peminat-peminat Formula One di Malaysia jadi teruja dapat bertemu idola mereka itu secara depan-depan.

Lewis Hamilton merupakan nama yang tidak asing dalam dunia sukan perlumbaan kereta Formula One. Lelaki berusia 37 tahun yang sudah pasti menjadi kegilaan peminat F1 di seluruh dunia itu merupakan kelahiran Stevenage, United Kingdom.

Namun siapalah yang tidak teruja apabila idola yang sering ditonton di kaca televisyen selama ini akhirnya berada di depan mata, bukan? Demikianlah seperti yang dialami beberapa peminat Hamilton semalam.

Menerusi video yang dimuat naik dari akaun Twitter milik seorang rakyat Malaysia, Lia atau @96gasly, dia kongsikan keterujaannya bertemu dengan Lewis Hamilton di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 11 April semalam.

“Saya jumpa Lewis Hamilton di KLCC,” katanya ringkas, disusuli emoji menangis dipercayai gara-gara terharu dapat bertemu idolanya.

Dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan juara F1 tersebut sedang menurunkan tanda tangannya kepada replika topi keledar peminatnya.

Dalam pada itu, menerusi satu lagi perkongsian video yang juga dari Twitter milik @MIDORIGIRL, Lewis kelihatan ramah dengan melagakan tangan dengan abangnya ketika beliau berada di dalam kereta.

“Abang saya lagakan tangan dengan Lewis Hamilton. What the hell,” katanya penuh teruja.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan Hamilton begitu ramah dan santai menerima kunjungan peminatnya, selain tidak segan silu melayan permintaan mereka.

Baru-baru ini, Lewis Hamilton menyertai dalam satu perlumbaan yang dianjurkan oleh Formula 1’s Australian Grand Prix dengan mewakili Mercedes.

Sumber: Twitter MIDORIGIRL & @96gasly