Berita›Sukan

Jaguh Lompat Tinggi Negara, Lee Hup Wei Umum Bersara
Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei secara rasminya bersara selepas 18 tahun menabur bakti dalam sukan negara. Beliau mengumumkan persaraan tersebut ketika temuramah bersama pihak media seperti yang dilapor Bernama sebentar tadi. “Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei hari ini mengumumkan persaraannya selepas 18 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga. “…dengan rekod satu […]

MU Hubungi Erik Ten Hag, Bincang Tugas Pengurus
Manchester United telah bercakap dengan jurulatih Ajax yang berpotensi tinggi, Erik ten Hag mengenai jawatan pengurus mereka yang kosong. Ralf Rangnick, jurulatih Manchester United telah melakukan tugas itu secara sementara sejak Ole Gunnar Solskjaer dipecat pada November. Tekanan semakin dirasai di Old Trafford dan masih terlalu awal untuk mula bercakap tentang tugas itu, walaupun kelab […]

Kim Pan-Gon Lulus Ujian Pertama, Berjaya Benam Filipina 2-0 Di Singapura
Aksi pertama skuad Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-Gon bermula dengan langkah kanan apabila berjaya membenam cabaran Filipina, 2-0 di Singapura. Malaysia ketika ini terlibat dalam FAS Tri-Nation Series 2022 anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura yang turut menampilkan pasukan tuan rumah. Skuad senior kebangsaan bermula garang apabila berjaya mendahului perlawanan seawal minit […]

Mohd Azizulhasni Rancang Bersara Selepas Sukan Olimpik Paris 2024
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020, Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menamatkan era kegemilangannya sebagai pelumba basikal trek selepas Sukan Olimpik Paris 2024. Pemenang pingat perak dan gangsa acara keirin masing-masing pada dua edisi terakhir Sukan Olimpik itu merancang untuk bersara selepas beraksi di Paris yang akan menjadi penampilan […]

Panahan Petir Di Litar MotoGP Indonesia Kejutkan Penonton
Ribut petir dipercayai telah melanda kawasan perlumbaan MotoGP Indonesia 2022 di Litar Jalanan Antarabangsa Pertamina Mandalika sehingga menyebabkan perlumbaan tertangguh. Menerusi video yang dimuatnaik di media sosial, panahan kilat dilihat berlaku di litar tersebut sebentar tadi sehingga mengejutkan orang ramai dan pelumba. Dalam video itu, bunyi dentuman yang kuat dapat kedengaran apabila kilat ‘menyambar’ litar […]

Marc Marquez Kemalangan, Melambung Tinggi Ke Udara Dalam Sesi ‘Warm UP’ MotoGP Indonesia
Pelumba MotoGP, Marc Marquez mengalami kemalangan ketika menjalani sesi Warm Up di MotoGP Indonesia 2022 hari ini. Menurut GridOto, Marquez pada awalnya berjaya menduduki tempat keempat tetapi malangnya dia mengalami kemalangan pada penghujung sesi itu. Menerusi video yang dimuatnaik di media sosial, Marquez mengalami rempuhan sisi tinggi ketika menunggang motosikalnya di selekoh tujuh. Pelumba Repsol […]

Ahli Perniagaan Arab Saudi Dilapor Sertai Bidaan Beli Chelsea
Saudi Media disahkan telah menyertai bidaan untuk membeli Chelsea dengan membuat tawaran kepada bank pelaburan New York Raine Group sejam sebelum tarikh akhir, lapor Goal. Konsortium swasta yang diketuai oleh ahli perniagaan, Mohamed Alkhereiji itu percaya bahawa tawaran mereka kompetitif, termasuk rancangan untuk membentuk semula Stamford Bridge dan memperbaharui kontrak pemain utama. “Pembidaan Saudi Media […]

Lee Zii Jia Gagal Mara Ke Pusingan Akhir All England
BIRMINGHAM – Pemain badminton perseorangan, Lee Zii Jia gagal mara ke pusingan akhir All England 2022, setelah kalah dalam perlawanan separuh akhir bertemu jaguh badminton India, Lakshya Sen. Zii Jia tewas dengan mata 13-21, 21-12 dan 19-21 dalam kelayakan ke pusingan akhir yang berlangsung pada hari keempat saingan All England 2022. Kedua-dua pemain memulakan saingan […]

Ditanya ‘Rahsia’ Jadi Jaguh Badminton, Jawapan Lee Zii Jia Buat Warganet Terhibur
Pemain badminton negara, Lee Zii Jia mendedahkan ‘rahsia’ kehebatannya sebagai jaguh badminton, sekaligus menjawab persoalan ramai warganet. Melalui laman Instagram miliknya, Zii Jia membalas Instastory salah seorang warganet yang meminta dia berkongsi menu makanan yang diambil sehingga boleh mempamerkan aksi yang baik ketika bertanding. Zii Jia dengan ringkas membalas “nasi lemak”, diikuti emoji ketawa. Jawapan santai […]
Aktiviti Sukan, Kokurikulum Sekolah Dibenarkan Mulai Isnin Ini – Radzi
PUTRAJAYA, 17 Mac (Bernama) – Aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah akan dibenarkan mulai sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula Isnin ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Beliau berkata kebenaran itu diberikan hanya bagi aktiviti dalam kawasan sekolah sahaja, dan garis panduan serta aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan […]

Takyah Sewa Dewan & Jimat Kos, Azmeer Yusof ‘Infak’ Rumah Percuma Untuk Majlis Kahwin Pengantin Baru
Kebiasaannya, masayarakat kita selalu mengadakan majlis perkahwinan di dewan ataupun hotel. Namun pernahkah anda terfikir, kos sewa dewan dan hotel sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding buat di rumah? Walau bagaimanapun, untuk situasi tertentu, majlis perkahwinan di rumah sendiri juga boleh memakan kos tenaga dan wang yang tinggi. Oleh itu, wujudkah alternatif lain yang lebih rendah […]
PM UK Desak Penyokong Chelsea Henti “Chant” Nama ‘Abramovich’, Anggap “Melulu & Tak Sesuai”
Perdana Menteri United Kingdom telah mengarahkan peminat bola sepak Chelsea untuk berhenti bersorak nama pemilik kumpulan bola sepak tersebut iaitu Roman Abramovich, menurut jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson. Sekumpulan penyokong Chelsea, The Blues berterusan melaungkan nama pemilik kelab bola sepak tersebut walaupun tahu bahawa pihak kerajaan United Kingdom telah menyekatnya berikutan krisis peperangan Ukraine dan […]
(Video) Pemain Bola Sepak Thailand Ditamatkan Kontrak, Serang Pemain Lawan Guna Teknik Siku Muay-Thai
Seorang pemain bola sepak Thailand telah digugurkan dari kelabnya selepas bertindak memukul lawan menggunakan teknik siku Muay-Thai ketika perlawanan, lapor Daily Mail. Pemain tersebut telah dirakam menyerang pemain lawan menggunakan pukulan siku pada minit kelima masa kecederaan dalam perlawanan liga divisyen tiga. Mangsa difahamkan telah tersepak kaki penyerang tersebut semasa dia sedang mengejar bola yang […]

“Terima Kasih Gimnastik”, Selepas 25 Tahun, Farah Ann Umum Bersara Hari Ini
Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi mengesahkan telah bersara dalam sukan ini menerusi kiriman daripada laman Instagramnya. Tulisnya, ia merupakan satu keputusan yang sukar kerana sudah 25 tahun berkecimpung dalam sukan berkenaan dan pernah mendapat pencapaian terbaik ketika beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 lalu. “25 tahun lalu, seorang anak kecil mengambil keberanian dan […]
NIKE Pertimbang Gantung Penajaan, Chelsea Bakal Rugi RM 2.49 Bilion
Syarikat pengeluar pakaian sukan, NIKE dilapor mempertimbang untuk menggantung penajaannya ke atas Chelsea yang ketika ini terpalit dengan isu sekatan oleh kerajaan United Kingdom. NIKE menandatangani perjanjian penajaan dengan Chelsea pada 2016 yang bernilai RM 4.94 bilion. Menurut laporan Sport Bible, jika keputusan berkenaan menjadi kenyataan, Chelsea berpontensi mengalami kerugian berjumlah RM 2.49 bilion. Semalam, […]

Guna Rumput Zeon Zoysia? Ini Fakta Menarik ‘Rumput Bertaraf Dunia’
Guna rumput Zeon Zoysia? Apa istimewanya rumput ini? Bagi yang pernah tonton saingan Olimpik Rio 2016, mesti korang perasan rumput yang lain daripada lain semasa sukan padang. Kalau korang nak tahu, inilah rumput Zeon Zoysia. Rumput Zeon Zoysia mempunyai sistem akar yang luas, pertumbuhan rizom yang kuat, dan ia menghasilkan rumput padat tebal yang pulih […]
Bintang MMA, Conor McGregor Berminat Nak Membeli Chelsea
Bekas juara UFC, Conor McGregor telah menyatakan minatnya untuk membeli Kelab Bola Sepak Chelsea susulan terdapat laporan bahawa Roman Abramovich bersedia untuk menjual kelab itu selepas menerajuinya selama 19 tahun. Memetik laporan Sport Bible, McGregor sememangnya seorang peminat bola sepak dan pernah bermain untuk kelab tempatan, Lourdes Celtic dan Crumlin United semasa zaman kanak-kanaknya. Jadi, […]
Chelsea Sedia Untuk Dijual, Roman Abramovich Pertimbang Terima Bidaan
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sedang mempertimbangkan untuk menjual kelab berpangkalan Stamford Bridge itu, menurut laporan Daily Express. Abramovich bersedia untuk menerima tawaran untuk Chelsea pada akhir minggu ini, dengan sekurang-kurangnya tiga pihak berminat untuk membeli The Blues. Pembeli berpotensi percaya bahawa jutawan itu bersedia untuk menjual kelabnya buat kali pertama. Berdasarkan laporan Daily Mail, Abramovich […]
Tiada Surat Persaraan, Farah Ann Masih Dalam Senarai Ke Sukan SEA- MGF
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) — Farah Ann Abdul Hadi masih tersenarai dalam rancangan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) untuk Sukan SEA Hanoi pada 12-23 Mei ini, meskipun terdapat khabar angin tentang persaraan Ratu Gimnastik negara itu. Setiausaha Kehormat MGF Afrita Ariany Nasril berkata pihaknya ada mendengar desas-desus tersebut namun sehingga kini belum menerima surat persaraan […]
Enggan Pakai Baju Solidariti Untuk Ukraine, Ini Alasan Pemain Bola Turki
Tindakan pemain bola sepak Turki, Aykut Demir yang enggan memakai t-shirt Solidariti Untuk Ukraine dalam satu perlawanan menerima kecaman banyak pihak. Bagaimanapun, beliau tampil mendedahkan alasan tersendiri disebalik tindakan tersebut. Pemain bola sepak Turki itu yang merupakan kapten kelab Erzurumspor merupakan satu-satunya pemain di atas padang yang tidak menyarung t-shirt Solidariti Untuk Ukraine yang tertera […]