Berita›Sukan

Berita
Tiada Surat Persaraan, Farah Ann Masih Dalam Senarai Ke Sukan SEA- MGF
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) — Farah Ann Abdul Hadi masih tersenarai dalam rancangan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) untuk Sukan SEA Hanoi pada 12-23 Mei ini, meskipun terdapat khabar angin tentang persaraan Ratu Gimnastik negara itu. Setiausaha Kehormat MGF Afrita Ariany Nasril berkata pihaknya ada mendengar desas-desus tersebut namun sehingga kini belum menerima surat persaraan […]
Berita
Enggan Pakai Baju Solidariti Untuk Ukraine, Ini Alasan Pemain Bola Turki
Tindakan pemain bola sepak Turki, Aykut Demir yang enggan memakai t-shirt Solidariti Untuk Ukraine dalam satu perlawanan menerima kecaman banyak pihak. Bagaimanapun, beliau tampil mendedahkan alasan tersendiri disebalik tindakan tersebut. Pemain bola sepak Turki itu yang merupakan kapten kelab Erzurumspor merupakan satu-satunya pemain di atas padang yang tidak menyarung t-shirt Solidariti Untuk Ukraine yang tertera […]
Berita
Tak Dapat Kawal Emosi Punya Pasal, ‘Referee’ Mengamuk ‘Tanduk’ Penonton
Satu perlawanan bola sepak liga amatur terpaksa dihentikan pada minit ke-92 selepas pengadil dilaporkan menanduk seorang penyokong, lapor The Sun. Perlawanan antara Stanley Athletic AFC dan Port Glasgow United itu memperlihatkan pengadil tersebut ‘menerkam’ penyokong yang berada di tepi padang di Renfrew, Renfrewshire, sabtu lalu. Salah seorang penonton berkata semua orang terkejut melihat insiden tersebut. […]
Berita
BWF Ambil Keputusan Batal Semua Kejohanan Di Rusia & Belarus 
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi satu hantaran di laman rasmi Instagram telah membatalkan semua kejohanan yang dibenarkan di Rusia dan Belarus, ekoran pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Memetik laporan, tiada kejohanan BWF lain akan diperuntukkan kepada Rusia atau Belarus sehingga diberitahu kelak. Bendera kebangsaan Rusia dan Belarus tidak boleh dipamerkan dan lagu kebangsaan Rusia dan […]
Berita
Poland Dilapor Enggan Main Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Menentang Rusia
Pasukan bola sepak kebangsaan Poland bersedia untuk mengorbankan tempat mereka dalam Piala Dunia tahun ini selepas mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan bermain menentang pasukan Rusia ekoran pencerobohan di Ukraine. Poland pada asalnya dijadualkan ke Moscow pada 24 Mac bagi perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia menentang Rusia, dengan pemenang kemudiannya menjadi hos sama ada Sweden atau […]
Berita
(Video) Pemain Tenis Rusia Raih Perhatian, Tulis Mesej ”No War Please” Pada Kamera Tanda Solidariti
Masuk hari keempat peperangan di Ukraine, nampaknya keadaan di sana masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Ratusan orang awam dilaporkan telah terbunuh dan ribuan lagi cedera. Tindakan Rusia yang mencetuskan peperangan tersebut telah dikecam oleh masyarakat di dunia. Penunjuk perasaan dilaporkan telah turun ke jalan di London, Tokyo, Paris dan beberapa bandar di negara […]
Sukan
KBS Pantau Situasi Sembilan Pemain, Tiga Pegawai ‘Terkandas’ Di Kemboja
PETALING JAYA, 25 Feb (Bernama) — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa memantau perkembangan semasa dan tahap kesihatan sembilan pemain dan tiga pegawai pasukan bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) yang terkandas di Phnom Penh, Kemboja susulan dijangkiti COVID-19. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata KBS bekerjasama rapat dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam […]
Sukan
TERKINI: Malaysia Juara BATC
Pasukan badminton negara hari ini melakar sejarah apabila berjaya menjulang piala Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) dengan mengatasi juara bertahan Indonesia, sebentar tadi. Kemenangan dengan mata 3-0 itu secara rasminya dimiliki oleh Malaysia selepas pemain perseorangan, Ng Tze Yong menewaskan Rumbay Ikhsan dalam perlawanan straight set 21-14 dan 21-15. Terdahulu, pemain beregu, Aaron Chia-Soh Wooi […]
Sukan
TERKINI: Lee Zii Jia Raih Mata Pertama Untuk Negara Dalam Final BATC
Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia meraih mata pertama untuk Malaysia dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) selepas menumpaskan pemain dari Indonesia, Dwi Wardoyo Chico Aura dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi. Menurut ciapan terkini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Twitter, Lee Zii Jia mengalahkan Chico menerusi rubber set iaitu dengan mata […]
Berita
Piala Menteri Wilayah Persekutuan: Negeri Sembilan Benam KL City 2-0
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) — Negeri Sembilan FC muncul juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan, selepas menundukkan tuan rumah Kuala Lumpur (KL) City FC dengan jaringan 2-0. Pada aksi mendebarkan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, Negeri Sembilan membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi pemain import dari Brazil Matheus Alves Leandro. Skuad […]
Berita
BATC: Skuad Lelaki Benam Singapura 5-0, Wanita Tempah Tiket Piala Uber
SHAH ALAM, 16 Feb (Bernama) — Memenangi perlawanan dalam kumpulan lelaki dan wanita pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 hari ini, pastinya satu kegembiraan buat kem Malaysia. Skuad lelaki memulakan kempen Kumpulan B di Pusat Konvensyen Setia City di sini dengan kemenangan 5-0 menentang negara jiran Singapura manakala pasukan wanita meneruskan momentum kemenangan mereka […]
Berita
TERKINI: Lee Zii Jia Tumpaskan Juara Dunia
Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia berjaya menumpaskan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew dengan merekodkan kemenangan 1-0. Memetik kemas kini terkini di Twitter Persatuan Badminton Malaysia (BAM), keputusan bagi Kumpulan B yang dimainkan Zii Jia tadi mencatatkan mata 21-6 dan 21-14. Lee Zii Jia berjaya menumpaskan lawannya itu dalam persaingan Badminton Asia Tournament […]
Luar Negara
Peniaga Teruja ‘Giler’, Pelumba MotoGP Sepanyol Aleix Espargaro Datang Kedai Beli Kad Sim
Berikutan pertandingan perlumbaan MotorGP yang akan berlangsung di Indonesia, sudah pasti para pesertanya akan menjadi buah mulut orang ramai termasuklah pelumba dari Sepanyol, Aleix Espargaro. Seperti kebanyakan orang lain yang berada di negara orang, Aleix juga memerlukan kad sim tempatan untuk digunakan sepanjang keberadaannya di negara itu. Baru-baru ini, beliau mencuri perhatian warga Indonesia kerana […]
Gaya hidup
Manusia Pertama Ada Lebih 400 Juta Pengikut Instagram, Kini Setiap “Posting” IG Ronaldo Bernilai RM 9.6 Juta
Tidak dinafikan bintang bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo merupakan seorang superstar dunia apabila menjadi manusia pertama mencapai 401 juta pengikut di Instagram. Bintang bola sepak itu menjadi pemilik akaun Instagram paling ramai diikuti hanya sehari selepas hari lahirnya yang ke 37 tahun baru-baru ini, mengalahkan Kylie Jenner dengan 309 juta pengikut. Menakjubkan apabila hanya […]
Berita
Latif Romly Kini Bergelar Datuk, Terima Pingat Panglima Mahkota Wilayah
Atlet Para Olahraga, Abdul Latif Romly dilaporkan telah menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW), hari ini. Menurut perkongsian Majlis Sukan Negara (MSN), penganugerahan pingat itu kepada Latif membawa gelaran ‘Datuk’. “Tahniah!!! Datuk Latif Romly. Atlet Para Olahraga Abdul Latif Romly terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran ‘Datuk’,” kata MSN. Latif Romly telah […]
Berita
(Video) Otai Masih Berbisa, Misbun Sidek Pamer Aksi Memukau Lawan Pemain Muda
Sukan badminton merupakan salah satu sukan yang digemari oleh rakyat Malaysia. Jika bercakap saja tentang badminton, lebih-lebih lagi tentang anak-anak Sidek, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Antara anak Sidek yang begitu terkenal dan juga merupakan antara lagenda dalam arena badminton negara adalah Datuk Mohmed Misbun Sidek. Pencapaiannya dalam sukan badminton tidak perlulah dipersoalkan lagi. Beliau […]
Berita
Pecah Rekod Lagi, Ronaldo Muncul Manusia Pertama Miliki Lebih 400 Juta ‘Followers’ Di Instagram
Bintang bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan sekali lagi memecahkan rekod dunia apabila menjadi manusia pertama yang mempunyai 400 juta pengikut di Instagram. Pemain yang berusia 37 tahun itu mempunyai 237 juta pengikut pada 27 September 2021, menjadikannya sebagai lelaki yang paling diikuti. Jumlah itu terus meningkat dan berkembang pesat dalam beberapa bulan. Menurut […]
Berita
Matyo Percaya Beliau Masih Releven Bantu Melaka United Julang Kejuaraan
MELAKA, 6 Feb (Bernama) – Meskipun sudah usia 36 tahun, penyerang berpengalaman Norshahrul Idlan Talaha tetap percaya dirinya masih relevan untuk membantu Melaka United meraih sekurang-kurangnya satu piala musim ini pada saingan Liga Malaysia (Liga-M). Lebih dikenali sebagai Matyo, pemain yang berhijrah dari Sarawak United ke negeri Hang Tuah bagi musim 2022 itu turut optimis […]
Sukan
Cabaran Malaysia Di Olimpik Musim Sejuk Beijing Bermula
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) — Dua peluncur ski negara, Jeffrey Webb dan Aruwin Salehhuddin mengarak Jalur Gemilang masuk ke Stadium Nasional Beijing pada upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 malam ini sebagai tanda penyertaan Malaysia sebuah negara beriklim Khatulistiwa dalam temasya sukan berprestij itu. Malaysia adalah kontinjen kelima memasuki stadium yang terkenal dengan nama julukan […]
Luar Negara
Netizen Kecoh, Mesut Ozil Muat Naik Gambar Berlatar Belakang Masjid Ubudiah Di Kuala Kangsar
Mesut Özil bukanlah satu nama asing, terutamanya bagi peminat sukan bola sepak antarabangsa. Hari ini, bintang bola sepak dunia tersebut serta-merta menjadi tumpuan netizen Malaysia setelah beliau memuat naik gambar karikatur dirinya dengan latar belakang Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar di laman Instagram. Hantaran tersebut turut disertai dengan tag lokasi Masjid Ubudiah. Gambar yang baru dimuatnaik […]