Berita›Luar Negara
COVID-19: Thailand Lanjut Perintah Darurat Sehingga 31 Ogos
Thailand melanjutkan pelaksanaan darurat bagi tempoh sebulan lagi, sehingga penghujung Ogos, bagi mengurangkan kesan gelombang kedua penularan jangkitan COVID-19, semasa negara itu sedang mula membuka pintu sempadannya kepada warga asing terpilih, termasuk pekerja migran dari negara asing. Mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Jen Prayuth Chan o-cha hari ini meluluskan lanjutan itu, yang tempoh darurat […]
(Video) Detik Mendebarkan Dua Remaja Melambung Ke Udara Selepas Buaian Dinaiki Bersama Tercabut
Satu rakaman mencemaskan yang memaparkan dua orang remaja terpelanting ketika sedang bermain buaian di sebuah taman permainan di Kazakhstan berjaya dirakam kamera pengawasan. Ketika kejadian, kedua-dua remaja yang berusia 13 dan 14 tahun itu dilihat berdiri bersama-sama di atas buaian tersebut. Apabila skru yang terdapat pada buaian terbabit tidak dapat menampung berat kedua-dua mereka, buaian […]
(Video) Jemaah Mula Lakukan Tawaf, Suasana Sekitar Masjidil Haram Dengan Penjarakan Sosial
Umum pastinya mengetahui bahawa pandemik Covid-19 telah menyebabkan pelbagai acara atau upacara besar-besaran terpaksa dibatalkan untuk mengelak penularan virus tersebut. Disebabkan itu juga, kebanyakan masyarakat Islam di seluruh dunia terpaksa menangguhkan ibadah haji pada tahun ini. Hanya warganegara serta penduduk tetap Arab Saudi yang memenuhi syarat ditetapkan yang dibenarkan untuk menjalani rukun Islam kelima itu, […]
Jemaah Laksana Tawaf Qudum Di Makkah Pada Hari Pertama Musim Haji 2020
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Jemaah haji dengan berpakaian ihram melaksanakan Tawaf Qudum (tawaf mula tiba) mengelilingi Kaabah pada hari pertama musim haji tahun ini di kota suci Makkah, menurut laman web Kementerian Media Arab Saudi. Tawaf itu adalah ibadat pertama yang dilaksanakan sejurus memasuki Masjidil Haram di Makkah. Jemaah memulakan hari pertama urusan haji mereka selepas […]
China Catat 101 Kes Positif Baru, Angka Paling Tinggi Sejak Tiga Bulan Lalu
Kerajaan Chian melaporkan bahawa negara tersebut berlaku pertambahan kes positif baharu sebanyak 101 setakat 28 Julai 2020. Jumlah ini merupakan angka yang paling tertinggi sejak tiga bulan yang lalu. Seperti yang kita dapat lihat bahawa seluruh dunia sedang menghadapi pasang surut dan aliran jangkitan ovid-19. Kerajaan China telah bertindak dengan pantas untuk memutuskan jangkitan wabak […]
Warga Emas Bertindak Berani Kejar Dan ‘Hayun’ Helmet Terhadap Individu Dipercayai Peragut
Jangan dipandang sebelah mata, seorang warga emas mendapat perhatian setelah melawan seorang pencuri yang cuba untuk mencuri telefon bimbit ketika berada di luar rumahnya, lapor Daily Mail. Kejadian yang berlaku di Colombia pada Ahad lalu itu menyaksikan dua orang suspek yang menaiki motosikal menuju ke kediaman yang terletak di jabatan Santander. Wanita warga emas itu […]
Wanita Baru Ketahui Dirinya Hidap Kanser Mata Selepas Tak Sengaja Tersembur ‘Perfume’ Ke Wajah
Seorang wanita terkejut setelah mengetahui bahawa dirinya menghidap kanser selepas menyemburkan minyak wangi di matanya secara tidak sengaja, lapor Mirror. Wanita berusia 56 tahun itu pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan selepas dia telah menyemburkan minyak wangi di mukanya sehingga menyebabkan penglihatannya kurang jelas pada sebelah matanya. Doktor kemudiannya merujuk wanita itu ke Hospital St […]
Menyentuh Hati, Tukang Sapu Ini ‘Luah’ Rasa Rindu Terhadap Isteri Melalui Bentuk ‘Love’ Dari Daun Kering
Sebuah foto yang memaparkan seorang pekerja pembersihan di Dubai menyusun timbunan daun pokok yang gugur sehingga menjadi bentuk hati telah tular di media sosial. Foto yang dikongsikan melalui portal Lovin Dubai sahaja berjaya mendapat tanda suka sebanyak lebih daripada 14,000 kali. Dan kini, subjek pada gambar tersebut, serta apa yang dia rasakan pada hari gambar […]
Perbuatan Remaja Didakwa Sumbat Anak Kucing Dalam Balang Dan Kongsikan Di Media Sosial Timbulkan Kemarahan Ramai
Seorang lelaki berusia 20 tahun dari bandar Sokal, barat Ukraine yang didakwa merakam perbuatan menyumbat kucing peliharaannya di dalam sebuah bekas bagi tujuan ‘hiburan’ untuk dikongsikan di laman sosial median milikya telah ditahan, lapor Mirror. Lelaki tersebut didakwa telah memasukkan kucing yang berusia 2 bulan bernama Shurik ke dalam sebuah balang, lalu memerhatikan gerak geri […]
Presiden Indonesia Beri Amaran Kemungkinan Gelombang Kedua COVID-19
JAKARTA, 28 Julai — Presiden Indonesia Joko Widodo memberi amaran kepada orang ramai pada Selasa kemungkinan berlaku gelombang kedua jangkitan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. Amaran itu muncul ketika peningkatan pandemik di beberapa negara asing setelah perintah kawalan pergerakan dilonggarkan dan pembukaan semula aktiviti perniagaan. Jokowi meminta pihak berkuasa sentiasa bersedia dan meningkatkan langkah berjaga-jaga bagi menghadapi […]

(Video) Detik Cemas, Gadis Gurau Kasar Tolak Rakan Bawah Bas & Nyaris Digilis
Satu rakaman mencemaskan detik seorang gadis nyaris maut digilis bas tular di media sosial. Dalam video dikongsikan Cheating Death baru-baru ini, kelihatan gadis itu berjalan bersama rakannya di tepi jalan dipercayai di Poland. Ketika kejadian, sebuah bas berwarna merah sedang melalui jalan berkenaan sebelum secara tiba-tiba rakan mangsa menolaknya ke atas jalan raya. Akibatnya, gadis […]
Kotor Dan Berbau Busuk, Jururawat Temui Ulat Dalam Telinga Bayi Baru Lahir Selepas Didakwa Ditinggalkan Di Belakang Gimnasium
Seorang bayi yang dijumpai ditinggalkan di belakang halaman sebuah gim di China berjaya diselamatkan, lapor Daily Mail. Ketika seorang pekerja pembersihan menjumpai bayi tersebut, tali pusat masih lagi terlekat pada perutnya, lapor doktor kepada wartawan. Badannya penuh dengan lumpur, dan telinganya pula dipenuhi dengan ulat, tambah doktor tersebut. Ouyang Ting, jururawat yang merawat bayi tersebut, […]
Kena ‘Angkut’ Pergi Balai Polis, Seekor Kambing ‘Ditahan’ Kerana Tak Pakai ‘Face Mask’
Mungkin agak pelik namun kejadian ini benar-benar berlaku di India. Seekor kambing dipercayai telah ‘ditangkap’ oleh pihak polis di kawasan Beconganj kerana berkeliaran tanpa ‘memakai pelitup muka’, lapor Mumbai Mirror. Kejadian yang dipercayai berlaku pada minggu lalu itu menyaksikan polis ‘mengangkut’ kambing tersebut dengan menggunakan jip dan membawa haiwan tersebut ke balai polis. Apabila pemilik […]
Lee Hsien Loong Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Singapura
SINGAPURA, 27 Julai — Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hsien Loong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura dalam satu upacara mengangkat sumpah di Istana hari ini. Upacara itu berlangsung di hadapan Presiden Singapura Halimah Yacob. Lee, 68, mengumumkan barisan kabinet baharunya pada 25 Julai selepas parti diterajui beliau, PAP mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum republik itu pada 10 Julai lalu. Pilihan […]
Pengunjung ‘Kecut Perut’ Sejam ‘Tergantung’ Di Udara, ‘Roller Coaster’ Dipercayai Rosak Pada Ketinggian 150 Kaki
Puluhan pengunjung sebuah taman tema di Fantasy Island terpaksa berhadapan dengan mimpi ngeri bagi kebanyakan orang apabila permainan ‘rollercoaster’ yang dinaiki mereka terkandas 150 kaki di udara selama lebih dari sejam. Permainan tersebut difahamkan telah berhenti secara tiba-tiba ketika sedang menaiki lereng yang curam pada petang Ahad. Tarikan popular di taman tema itu telah terhenti […]
Buat BBQ Selepas Berbulan ‘Terpisah’, 14 Ahli Keluarga Dilaporkan Dijangkiti COVID-19
Sebuah keluarga di Texas terpaksa menerima rawatan apabila 14 orang daripada ahli keluarga tersebut dilaporkan dijangkiti dengan virus COVID-19, lapor Fox 4. Menurut portal Fox 4, selepas terpisah selama beberapa bulan, keluarga tersebut telah merancang untuk berjumpa dan berkumpul sesama sendiri sambil mengadakan sedikit jamuan makan iaitu BBQ. Difahamkan, tidak ada seorang pun dari mereka […]
Diuji Negatif COVID-19, Aishwarya Rai Dan Anak Kini Discaj Dari Hospital
Pelakon Bollywood, Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya Bachchan telah discaj dari hospital selepas diuji negatif Covid-19, lapor Indianexpress. Berita tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Abhishek Bachchan melalui laman Twitter miliknya. Terima kasih semua untuk ucapan dan doa anda yang berterusan. Aishwarya dan Aaradhya telah diuji negatif dan telah discaj dari hospital. Mereka sekarang akan […]
(Video) Detik Mencemaskan Pesawat Ringan Terhempas Di Jalan Raya Berdekatan Kereta Dan Pejalan Kaki
Dua lelaki nyaris menemui ajal selepas pesawat ringan yang dikendalikannya terhempas di sebuah jalan raya yang sibuk. Fábio Reis, 35, bersama penumpangnya, Alessandro Cunhago, 33, berjaya terselamat daripda nahas tersebut selepas pesawatnya terhempas di Guabiruba, Brazil dipercayai kerana mengalami masalah pada bahagian enjinnya pada Sabtu sekitar 10.30am. Rakaman CCTV yang mendebarkan itu memaparkan detik-detik pesawat […]
Kes Positif Covid-19 Di Indonesia Lepasi Angka 100,000
JAKARTA, 27 Julai (Bernama) — Kes positif COVID-19 di Indonesia kini mencecah 100,303 kes, pertambahan sebanyak 1,525 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam. Berdasarkan data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 57 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di […]
(Video) Lelaki Ditemui Mati Dalam Keadaan Sujud Di Tengah Padang Pasir, Dipercayai Hilang Ketika Keluar Cari Kayu Api
Seorang lelaki warganegara Arab Saudi ditemui meninggal dunia dalam keadaan bersujud di satu kawasan gurun padang pasir, baru-baru ini. Lelaki berkenaan, Dhuwaihi Hamoud Al-Ajaleen, 40, meninggalkan rumahnya pada Khamis lalu di Wadi Al-Dawasir, wilayah Riyadh dipercayai keluar untuk mencari bekalan kayu api. Bagaimanapun, beliau dilaporkan hilang tanpa sebarang maklumat sebelum mayatnya ditemui pihak polis dalam […]