Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bintang Arsenal Mesut Ozil Bantu Kempen Kumpul Dana Rawatan Bayi Hidap Neuromuskular

ANKARA, 22 Sept – Pemain tengah Arsenal Mesut Ozil pada Isnin menyeru orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu seorang bayi yang menghidap penyakit neuromuskular, lapor Agensi Anadolu.

“Saya mahu menggunakan akaun Twitter saya untuk membantu Metehan. Metehan didiagnosis dengan ‘Spinal Muscular Atrophy’ – gangguan genetik. Dengan sumbangan anda dan twit semula (RT) anda, kita dapat bersama membantu menyelamatkannya,” kata Ozil dalam satu kiriman di laman media sosial.

Ozil, 31, rakyat Jerman berketurunan Turki pernah membantu negaranya menjuarai Piala Dunia FIFA 2014.

Metehan Fidan bayi lelaki berusia 11 bulan menderita penyakit itu dan perlu menjalani terapi gen ‘Zolgensma’ untuk pulih dan kos rawatan melibatkan kos US$2.1 juta.

Sumbangan boleh dibuat di “www.metehansmajourney.co.uk”/

— BERNAMA