Berita›Luar Negara
“Assalamualaikum Anak Soleh Ku”, 10 Tahun Sabar Menanti, Irwansyah & Isteri Timang Cahaya Mata Pertama
Pasangan selebriti dari Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar dilapor telah menimang cahaya mata pertama mereka semalam. Menerusi kiriman di Instagram Irwansyah, isterinya telah melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ukkasya Muhammad Syahki. Bersalin melalui pembedahan, bayi itu lahir dengan berat 3.4 kg. View this post on Instagram A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15) “Alhamdulillah, Ukkasya […]

(Video) Ceroboh Ibu Pejabat Polis Indonesia, Individu Dipercayai Pengganas Ditembak Mati
Seorang individu dipercayai pengganas dilapor ditembak mati setelah menceroboh masuk Mabes Polri (Ibu Pejabat Polis Indonesia) di Jakarta. Insiden berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.30 petang tadi. Dalam video yang dikongsikan oleh BERNAMA itu, terdengar beberapa bunyi letupan dipercayai bunyi tembakan sebelum individu berkenaan dilihat rebah. Bagaimanapun setakat ini, tiada maklumat lanjut yang dikongsikan. Berita […]
(Video) Ingenuity, Helikopter Kecil Ini Bakal Jadi Kenderaan Pertama Ciptaan Manusia Berlepas Dari Planet Marikh
Sejarah baharu akan tercipta iaitu sebuah helikopter kecil kini sedang bersiap sedia untuk terbang di sekitar langit planet Marikh. Menurut ABC News, helikopter yang dikenali Ingenuity itu dilapor akan melakukan penerbangan pertamanya sekitar 8 April nanti. Helikopter berukuran meja kecil itu tiba di Marikh pada bula Februari lalu dan tersimpan dengan selamat di bawah Perseverance […]

Biden Umum Inisiatif Baharu Tangani Keganasan Terhadap Asia-Amerika
WASHINGTON, 31 Mac (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Selasa mengumumkan inisiatif baharu untuk menangani keganasan terhadap orang Asia-Amerika, lapor Sputnik. “Kami tidak boleh berdiam diri dengan peningkatan keganasan terhadap orang Asia-Amerika. Oleh itu, hari ini saya mengambil langkah tambahan – termasuk mewujudkan inisiatif tangani jenayah anti-Asia di Jabatan Kehakiman,” kata Biden melalui Twitter. Menurut kenyataan Rumah Putih, […]
Rakyat Pakistan Dambakan Kedamaian, Kerjasama Dengan Negara Jiran – PM Imran
ISLAMABAD, 31 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Pakistan Imran Khan berkata rakyat Pakistan mendambakan kerjasama dan hubungan yang aman dengan semua negara jiran termasuk India. Khan berkata demikian sebagai membalas surat tahniah daripada Perdana Menteri India Narendra Modi sempena Hari Pakistan yang disambut pada 23 Mac. “Terima kasih atas perutusan tahniah sempena Hari Pakistan. Rakyat […]
Budak 12 Tahun Dilapor Maut Setelah Bateri Telefon Meletup Di Muka
Mirzapur – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas bateri telefon bimbitnya meletup di muka kanak-kanak malang itu pada Jumaat. Memetik Times Now News, kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan di Matwar itu dipercayai berpunca selepas mangsa cuba mengecas telefon menggunakan pengecas ‘jadoo’, iaitu sambungan ciptaan sendiri. Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan […]
Momen Menakjubkan Petir ‘Sambar’ Gunung Berapi, Foto Ini Menang Anugerah Antarabangsa
Dari puncak Himalaya hingga ke habitat liar savana Afrika, jurugambar sering kali tanpa rasa takut merakam momen-momen yang menakjubkan dan dikongsikan kepada seluruh dunia. Sama seperti yang dilakukan oleh jurugambar dari Chile, Francisco Negroni yang telah menerbitkan gambar untuk beberapa penerbitan alam terkenal di dunia. Menurut Daily Star, Negroni mempunyai minat tertentu untuk menangkap gambar […]
Kasih Isteri, Kisah Mengharukan Lata Kare Berkaki Ayam Masuk Acara Lumba Lari Kumpul Duit Rawatan Suami Sehingga Dijadikan Filem
Pengorbanan seorang isteri sememangnya tidak ternilai, kesetiaan mereka terhadap suami perlu dihargai. Ada sesetengah isteri yang diuji dengan keadaan suami yang sakit dan segala beban rumah tangga perlu dipikul sendiri. Seperti kisah seorang wanita dari India ini yang sanggup melakukan apa saja bagi membiayai kos rawatan suaminya. Lata Bhagwan Kare atau Lata Kare menjadi tular […]
Terpaksa Berjauhan Dengan Suami, Wanita Guna Khidmat Tukang Peluk Profesional Sebagai Ganti
Seorang wanita yang sudah berkahwin telah mendedahkan bahawa dia menghabiskan sebanyak $ 80 (lebih RM300) sejam untuk mengunjungi tukang peluk profesional. Menurut Daily Mail, Saskia Larsen yang berasal dari New York itu mengatakan bahawa suaminya tidak keberatan jika dia bertemu untuk mendapatkan khidmat peluk dengan lelaki lain. Dalam laporan Daily Star pula, Saskia mendedahkan dia […]
(Video) Mikrofon Dipercayai ‘Meletup’ Ketika Syok Karaoke, Lelaki Rebah ‘Serta-Merta’
Malang tidak berbau, seorang lelaki di Indonesia berdepan detik ngeri apabila mikrofon di tangannya didakwa mengalami litar pintas dan meletup. Berdasarkan video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook IKki, pada awalnya lelaki berkenaan kelihatan mahu memulakan nyanyian dipercayai secara berkaraoke bersama temannya. Bagaimanapun entah apa puncanya, tiba-tiba mikforon tersebut dipercayai meletup serta-merta. Terpancar percikan-percikan api […]

Lelaki Ditahan Didakwa Rogol Remaja, Sebelum Penggal & Rebus Kepala Mangsa Atas Dapur Gas
Seorang lelaki ditahan selepas pihak polis dilapor menjumpai kepala seorang jurusolek wanita yang diletakkan di atas dapur gas. Selain kepala, bahagian lain tubuh mangsa yang berusia 19 tahun itu juga didakwa turut ditemui di tong sampah di sekitar rumah kediaman suspek (lelaki) tersebut. Difahamkan, gigi dan kukunya telah dicabut, selain kepalanya turut dipenggal dan direbus […]

Ini Penjelasan Bagaimana ‘Full Moon’ Bantu Alihkan Kapal ‘Gergasi’ Yang Tersadai Di Terusan Suez
Setiap ciptaan tuhan mempunyai tujuannya yang tersendiri. Bukan sekadar hiasan, bulan mempunyai peranannya untuk kehidupan di Bumi. Salah satunya adalah dengan membantu proses membebaskan kapal bersaiz 400 meter yang tersadai di terusan Suez baru-baru ini. Dipercayai kerana ditiup angin, kapal kargo sebesar 1,300 kaki itu telah membuatkan trafik di terusan berkenaan tersekat selama hampir seminggu. […]
Hidap ‘Cataplexy’, Wanita Mengaku Boleh Pengsan Kalau Lihat Lelaki Kacak, Dengar Bunyi Kuat
Seorang wanita berkongsi pengalamannya mengalami gangguan jarang jumpa yang boleh menyebabkan dia pengsan ketika melihat seseorang yang kacak pada pandangannya. Menurut The Sun, Kirsty Brown, 32 mengalami cataplexy, sejenis narkolepsi yang menyebabkan otot wanita itu menjadi rileks ketika dia berhadapan emosi yang kuat, termasuk ketika ketawa, takut atau terangsang. “Saya boleh diserang ketika berada di […]
(Video) Macam Tak Ada Apa-apa Yang Berlaku, Aksi Sekumpulan Lelaki Selamba Main “Volleyball” Depan Gunung Berapi Jadi Viral
Tular satu rakaman baru-baru ini yang menunjukkan sekumpulan lelaki selamba bermain bola tampar di depan gunung berapi yang sedang memuntahkan lava. Dalam rakaman yang ditweet oleh The Sun itu, kumpulan terdiri daripada 6 orang lelaki itu sedang berhibur sesama sendiri seolah-olah tiada apa yang sedang berlaku. Bagaimanapun, berdasarkan rakaman berkenaan, dapat dilihat kewujudan satu gunung […]
Suami Hidap Penyakit ‘Misteri’ & Hilang Ingatan Setiap Kali Bangun Tidur, Isteri Terpaksa Setiap Pagi ‘Ingatkan’ Yang Mereka Sudah Berkahwin
Seorang wanita yang setia terpaksa mengingatkan suaminya setiap kali bangun tidur setiap hari bahawa mereka pasangan suami isteri yang saling mencintai selepas suaminya menghidap satu masalah kesihatan yang jarang-jarang berlaku. Christopher Robin Turner, 36, berkata, apa yang dihadapinya mirip dengan jalan cerita sebuah filem berjudul 50 First Dates, dimana dia menderita narcolepsy, satu keadaan dimana […]
Dipercayai Jadi Tempat Roh Orang Mati, Kisah Danau Kelimutu Di Indonesia Ada Tiga ‘Tasik’ Yang Warna Airnya Berubah Setiap Saat
Asia merupakan sebuah benua yang istimewa kalau nak dibandingkan antara ketujuh-tujuh benua yang ada di seluruh dunia. Selain sebagai benua paling besar di dunia, Asia juga ‘mengumpulkan’ pelbagai bangsa, agama dan negara yang masing-masing mempunyai warna kulit, budaya dan fahaman yang berbeza. Jika kita ‘zoom in’ lagi, kawasan paling memukau dalam keseluruhan benua adalah di […]
Kebakaran Loji Penapis Minyak Pertamina: Tiada Mangsa Terkorban, Tiga Dilaporkan Hilang
JAKARTA, 29 Mac (Bernama) — Tiada pekerja Pertamina dilaporkan terkorban dalam kejadian kebakaran dan letupan dahsyat yang berlaku di loji penapis minyak, syarikat minyak dan gas nasional Indonesia di Indramayu, Jawa Barat, kira-kira 200 kilometer dari sini. “Kebakaran kini terkawal, proses pemadaman sepenuhnya dijangka selesai empat atau lima hari, tiada kemalangan jiwa (libatkan petugas Pertamina) dalam […]
(Video) 6 Hari Terkandas, Kapal Ever Given Yang Tersekat Di Terusan Suez Dilapor Berjaya Dialihkan
Selepas hampir seminggu tersekat di Terusan Suez, kapal Ever Given dilaporkan telah berjaya diapungkan semula. Menurut penyedia perkhidmatan maritim, Inchcape di laman Twitter, kapal itu berjaya dibebaskan dari tersekat pada jam 4.30 pagi waktu tempatan, lapor Reuters. The MV Ever Given was successfully re-floated at 04:30 lt 29/03/2021. She is being secured at the moment. […]
Kenapa Kuasa Tentera Myanmar Begitu Kuat Hingga Mampu Jatuhkan Kerajaan? Ini Jawapannya
Beberapa bulan yang lalu, dunia dikejutkan dengan rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak junta tentera Myanmar sehingga menyaksikan Aung Sun Suu Kyi dan barisan menteri dari parti pemerintah telah ditahan. Pihak tentera juga telah mengisytiharkan darurat selama setahun. Susulan itu, rakyat Myanmar sehingga hari ini melakukan rusuhan bagi membantah tindakan tersebut sehingga menyebabkan ramai yang […]
(Video) “Allahhuakbar..,” Detik-Detik Cemas Kilang Penapis Minyak Di Indonesia Meletup Dan Terbakar
Sebuah kilang penapis minyak di Balongan, Indramayu, Jawa Barat, dilaporkan telah meletup dan terbakar pada awal pagi ini. Menurut CNN Indonesia, api yang marak dapat dilihat dari jarak lima kilometer. Seorang penduduk di kawasan itu mengatakan bahawa kawasan kilang minyak itu mengeluarkan bunyi letupan yang kuat. Puluhan jentera bomba telah tiba di tempat kejadian bagi […]