Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Assalamualaikum Anak Soleh Ku”, 10 Tahun Sabar Menanti, Irwansyah & Isteri Timang Cahaya Mata Pertama

Pasangan selebriti dari Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar dilapor telah menimang cahaya mata pertama mereka semalam.

Menerusi kiriman di Instagram Irwansyah, isterinya telah melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ukkasya Muhammad Syahki.

Bersalin melalui pembedahan, bayi itu lahir dengan berat 3.4 kg.

“Alhamdulillah, Ukkasya sihat walafiat, mohon sentiasa doakannya,” katanya.

Dia juga berterima kasih kepada sesiapa yang terus mendoakan kesejahteraan dan kebahagian buatnya dan isteri.

Ia pastinya momen yang amat bahagia buat pasangan itu kerana sudah 10 tahun mereka menanti untuk mendapatkan cahaya mata pertama itu.

Sumber: Irwansyah_15