Berita›Luar Negara
(Video) Viral Lelaki Punyai Kekuatan Seakan Superman, “Selamba” Pikul Motosikal Di Pantai Macam Tak Ada Apa-apa
Sekiranya terdapat larangan menaiki motosikal di sesuatu kawasan, penunggang motosikal lazimnya akan dikehendaki turun dan menuntun motosikal milik mereka sepanjang jalan. Hal ini kerana terdapat beberapa wilayah di Indonesia yang tidak membenarkan untuk menaiki motosikal. Baru-baru ini, terdapat rakaman video yang memaparkan seorang lelaki yang melakukan tindakan yang luar biasa di mana lelaki berkenaan rela […]
Chelsea Pecat Lagenda Kelab, Frank Lampard Dari Jawatan Pengurus Pasukan
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea secara rasminya mengesahkan bahawa pengurus pasukan, Frank Lampard dipecat hari ini. Bekas pemain kelab itu ‘terpaksa’ meninggalkan bangku pengurus yang akan digantikan dengan bekas pengurus Borussia Dortmund dan Paris St. Germain (PSG), Thomas Tuchel. “Ini adalah keputusan yang sangat sukar dan tiada seorang pun daripada pemain mahupun pengurusan mengambil […]
Ditemui Dalam Keadaan Berdarah, Bintang K-Pop, Iron Dilapor Meninggal Dunia
Penyanyi rap Korea, Iron dilaporkan telah meninggal dunia hari ini, lapor portal Soompi. Menurut laporan tersebut, Iron ditemui dalam keadaan berdarah serta tidak sedarkan diri di kediamannya di wilayah Jung, Seoul pagi tadi. “Kami telah dihubungi pengawal keselamatan tentang penemuan mayat Iron tersebut. Dia (sepatutnya) segera dibawa ke hospital, namun ajal menjemputnya dahulu. “Buat masa […]
Bahang Panas, Australia Keluar Amaran Bahaya Kebakaran Hutan
SYDNEY, 25 Jan (Bernama) — Gelombang panas terik disusuli tiupan agin yang dijangka melanda negeri-negeri tenggara Australia sehingga Isnin boleh mencetuskan risiko kebakaran hutan di seluruh wilayah, lapor Agensi Berita Xinhua. Suhu mencecah 40 darjah Celsius di kawasan Riverina di negeri New South Wales (NSW), berisiko menyebabkan kebakaran, ramal Biro Meteorologi. Sementara itu, perubahan suhu agak rendah dijangka melanda Melbourne, ibu kota Victoria pada Isnin selepas beberapa […]

Bintang Korea, Song Yoo Jung Ditemui Mati Pada Usia 26 Tahun
Pelakon popular Korea Selatan, Song Yoo Jung dilaporkan meninggal dunia pada 23 Januari lalu dan dikebumikan hari ini jam 12.30 tengah hari. Memetik daripada South China Morning Post, punca kematian pelakon utama dalam cerita Dear My Name ini tidak didedahkan oleh agensinya Sublime Artis Agency. Mangsa yang berusia 26 tahun itu memulakan kariernya sebagao model […]
Mesir Mulakan Kempen Vaksinasi Covid-19
ISTANBUL, 25 Jan – Mesir pada Ahad memulakan kempen vaksinasi COVID-19 untuk rakyat negara ini, kata Kementerian Kesihatan lapor Agensi Anadolu. Kumpulan pertama vaksin Sinopharm China diberikan kepada profesional kesihatan di sebuah hospital kuarantin di wilayah timur laut Ismailia dan beberapa hospital lain, memetik kenyataan kementerian. Selepas itu suntikan dos pertama akan diberikan kepada warga emas, pesakit kronik […]

Gajah Umur 40 Tahun Maut Selepas Dibaling Tayar Terbakar Oleh Penduduk Kampung
Kejadian ngeri seekor gajah mati apabila menjadi mangsa penduduk di sebuah perkampungan di Tamil Nadu, India baru -baru ini. Difahamkan, suspek membakar tayar buangan sebelum dibalingkan ke arah gajah yang berusia 40 tahun tersebut. Tayar yang sedang marak terbakar itu tersangkut pada telingga haiwan berkenaan. Kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat penginapan persendirian itu ternyata […]
(Video) Turut Kejar Kucing Peliharaan, Ahli Keluarga Panik, Biawak Besar ‘Berehat’ Bawah Sofa Dalam Rumah
Sebuah keluarga di Thailand gempar selepas menemui seekor biawak besar bersembunyi di bawah sofa kayu rumah mereka. Menurut Daily Mail, reptilia tersebut juga turut mengejar kucing peliharaan keluarga tersebut. Mujur kucing itu berjaya menyelamatkan diri daripada biawak besar yang agresif itu. Susulan daripada itu, tuan rumah tersebut telah bertindak menghubungi pasukan penyelamat haiwan tempatan untuk […]
(Video) “Inilah Yang Terjadi Apabila..,” Khabib Titip Pesanan ‘Panas’ Dipercayai Kepada Conor McGregor Susulan Kekalahannya
Khabib Nurmagomedov telah memuat naik satu pesanan ‘kejam’ kepada pesaing lamanya Conor McGregor susulan kekalahan mengejutkan ke atas Dustin Poirier di UFC 257. ‘The Diamond’ telah menewaskan lawannya pada pusingan kedua pada acara yang berlangsung di Fight Island, lapor Express. Petarungan bagi divisyen lightweight itu langsung tidak kagum dengan McGregor dan menjelaskan sebab mengapa Conor McGregor […]
China Adakan Simulasi Olimpik Musim Sejuk Di Zhangjiakou
ZHANGJIAKOU,24 Jan — Simulasi sempena kejohanan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang bertemakan “Bertemu Janji di Beijing” diadakan di Zon Pertandingan Zhangjiakou baru-baru ini. Ia sebagai persediaan menjelang kejohanan yang bakal diadakan pada 19 Februari, menumpukan perincian penganjuran pertandingan dan jaminan perkhidmatan. Sukarelawan dan Pegawai Teknologi Kebangsaan (NTO) merupakan dua kumpulan utama dalam simulasi itu merangkumi […]
(Video) Tebus Kekalahan Pada 2014, Dustin Poirier Berjaya ’Tumbangkan’ Conor McGregor Di Pusingan Kedua
Persoalan besar mengenai siapa yang akan memenangi pertarungan UFC 257 yang berlangsung di Abu Dhabi diantara Conor McGregor dan Dustin Poirier telah pun terjawab. Dustin Poirier telah berjaya menewaskan Conor McGregor dalam acara utama divisyen lightweight UFC 257. Hadir sebagai underdog, masih ada para peminatnya di seluruh dunia yang mempercayai bahawa ‘The Diamond’ dapat menumpaskan […]
Gadis 15 Tahun Dakwa Diperkosa Dalam Hutan Ketika Cari ‘Line’ Untuk Belajar ‘Online’
Seorang pelajar berusia 15 tahun di Indragiri Hulu, Riau, Indonesia, dilaporkan menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki yang berusia 23 tahun ketika dia sedang belajar secara online di dalam hutan seorang diri, lapor Kompas. Atas perbuatannya itu, lelaki tersebut telah berjaya ditangkap oleh pihak polis. Daripada soal siasat yang dijalankan, mangsa difahamkan telah diperkosa oleh […]

(Video) Rakaman Wanita Tolong Payungkan Penumpang Bas Seorang Demi Seorang Ketika Hujan Raih Pujian Warganet
Satu perbuatan baik boleh memberi kesan positif kepada hari seseorang. Kadangkala perbuatan itu tidaklah sesusah mana, tapi sudah cukup ‘besar’ dan bermakna untuk seseorang yang memerlukan. Bercakap tentang berbuat baik, mungkin kita boleh mencontohi seorang Auntie berbaju merah jambu ini yang setia memayungi penumpang bas turun seorang demi seorang ketika waktu hujan. Dalam peristiwa dipercayai berhampiran […]

Gempa Bumi Kuat Landa Selatan Kepulauan Shetland
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) — Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan berlaku di selatan Kepulauan Shetland 7.36 pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 2,556 kilometer (km) selatan dari Puerto Montt, Chile, dengan kedalaman 45km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber: BERNAMA
COVID : Thailand Perketat Kawalan Di Sempadan Thailand-Malaysia
BANGKOK, 23 Jan — Thailand memperketatkan kawalannya di sempadan Thailand-Malaysia untuk mencegah penyeludupan migran dan mengekang penularan pandemik COVID-19. Komander Tentera Bahagian Ke-4 Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak berkata penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia telah menyebabkan migran berhasrat pulang ke kampung halaman. Sejak Oktober tahun lepas hingga semalam, beliau berkata pihak berkuasa keselamatan negara itu […]

(Video) Seram, Rakaman Penampakan ‘Bayangan Putih Misteri’ Seakan ‘Pocong’ Terakam CCTV
Kamera litar tertutup atau CCTV lazimnya digunakan sebagai kamera pengawasan untuk memantau keadaan rumah atau tempat tertentu pada waktu malam serta siang. CCTV juga biasanya dipasang untuk tujuan bukti sekiranya berlaku jenayah di sesuatu kawasan itu. Perkara yang dirakam pada kamera CCTV selalunya adalah berbentuk kemalangan serta kejadian jenayah. Namun lain pula ceritanya apabila CCTV […]
Tular Bayi 4 Bulan Didakwa Diberi Minum ‘Minuman Keras’, 4 Suspek Termasuk Bapa Saudaranya Ditahan
Seorang lelaki di Gorontalo, Indonesia telah ditahan pihak polis selepas didakwa menyuapkan minuman keras kepada anak saudaranya yang berusia empat bulan, lapor Tribun. Ketua Polis Kota Gorontalo, AKBP Desmont Harjendro menyatakan bahawa kes tersebut bermula selepas bayi empat bulan itu menangis. Pada ketika itu, lelaki tersebut bersama dengan lima lagi rakannya sedang asyik meminum minuman […]
(Video) Seekor Gajah Dilapor Mati Terbakar, Sekumpulan Lelaki Didakwa Lempar ‘Objek’ Terbakar Ke Arahnya
Seekor gajah telah didakwa dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan samseng ketika gajah tersebut bertindak menghampiri sebuah resort persendirian di selatan India, lapor Daily Mail Susulan daripada itu, dua lelaki telah ditahan manakala seorang lagi sedang diburu kerana mereka didakwa melemparkan kain yang sedang terbakar ke arah gajah tersebut. Pihak polis menyatakan siasatan sedang dijalankan ekoran daripada […]

(Video) Mendebarkan, Tular Rakaman Dua Ekor Harimau Tiba-Tiba ‘Bertempur’ Antara Satu Sama Lain
Sebuah video dua ekor harimau sedang bergaduh menjadi tumpuan warga maya selepas ia dikongsikan seorang petugas Perkhidmatan Hutan India (IFS). Dalam video berdurasi 1 minit 18 saat itu, kelihatan dua ekor harimau berjalan beriringan antara satu sama lain dipercayai di sebuah hutan simpan, tulis India Times. Namun secara tiba-tiba, salah seekor harimau berkenaan mula menyerang […]
Wanita Menderita Kulit Melecur Setelah Suami Didakwa Tuang Air Panas Kerana Kejutkannya Dari Tidur Untuk Bersarapan
Niat untuk menjamu suaminya sarapan di atas katil selepas bangun daripada tidur bertukar tragedi apabila suami kepada wanita itu didakwa menuang air panas ke atas isterinya kerana mengejutnya bangun dari tidur, lapor Mirror Tertuduh yang berumur 28 tahun itu telah didakwa menuang air panas ke atas isterinya yang berusia 23 tahun kerana berang dikejutkan daripada […]