Seorang lelaki di Fayetteville, Georgia dilaporkan telah menerima gaji terakhir dari bekas majikannya dalam bentuk duit syiling yang dilitupi dengan cecair seakan minyak di hadapan rumahnya.
Menurut Fox 13, lelaki itu berhenti kerja di syarikat lamanya pada November 2020.
Dia mengatakan berjuang untuk mendapatkan gaji terakhir itu sehingga menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Georgia untuk mendapatkan bantuan.
Kini, dia telah mendapatkan kembali gaji yang berjumlah $ 915 (RM3,798) itu tetapi tidak seperti yang dia harapkan.

Menurut lelaki itu, dia meninggalkan rumahnya untuk pergi ke kedai dan ketika itu dia melihat timbunan duit syiling yang berisi minyak.
“Tindakan ini seperti kebudak-budakan,” katanya.
Duit syiling itu kini berada di dalam kereta sorong dan diletakkan di dalam garajnya, duit yang banyak dan berat itu telah membuatkan tayar kereta sorong itu kempis.

Lelaki itu mengatakan rutin barunya kini ialah duduk di garajnya pada waktu malam dan membersihkan duit dengan larutan sabun, cuka dan air.
Pun begitu, ia sebenarnya sangat sukar untuk dibersihkan.
Dia memerlukan kira-kira setengah jam untuk membersihkan beberapa ratus.
Sumber: Fox 13