Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh memohon maaf kerana terpaksa menarik semula nombor akaun bank yang dikongsikan beliau selepas menerima hampir RM45,102.18 daripada orang ramai susulan hasrat beliau untuk menjual motosikal Honda X-ADV dan ikan tilapia yang miliknya.
Kongsinya, ia kerana mendapati kebanyakan wang yang dimasukkan dalam akaunnya untuk membeli motor atau ikan tilapia, tetapi kerana ingin menyumbang kepadanya.
“Saya mohon maaf kerana terpaksa untuk menarik semula no akaun saya di dalam posting yang sebelum ini
“Kerana hampir semua yang masukkan duit dalam akaun saya bukan untuk membeli motor atau ikan talapia saya,tetapi kerana ingin menyumbang kepada saya
“Sehingga kenyataan ini dibuat saya dah menerima hampir dekat RM45,102.18,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.
Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan orang ramai.
Bagaimanapun, dia menegaskan mahu mendapatkan wang melalui hasil penjualan aset miliknya terlebih dahulu.
Dr Akmal Saleh Mahu Jual Aset Terlebih Dahulu
“Saya sangat-sangat berterima kasih, tetapi niat saya adalah untuk berusaha terlebih dahulu untuk menjual aset saya iaitu motor dan ikan saya terlebih dahulu
“Saya sejujurnya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak untuk membantu saya ,kerana saya akan bertanggungjawab sepenuhnya maka insyAllah saya akan tanggung sepenuhnya
“Saya mohon untuk jangan masukkan lagi duit ke akaun saya agar saya tidak rasa bersalah dengan semua
“Tidak mengapa saya tanggung, saya hanya perlukan doa dari anda semua sahaja
“Jadi kepada sesiapa yang mahu membeli motor X-ADV saya, saya akan berikan perincian selepas ini dan boleh terus mejej saya
“Terima kasih,terima kasih dan terima kasih,” ucapnya.
