Kalau anda peminat pencuci mulut yang sejuk, berkrim dan menyegarkan, mungkin sudah tiba masanya untuk masukkan Yobe Malaysia dalam senarai tempat yang perlu dicuba.
Jenama yogurt sejuk beku Greek tempatan itu kini meraikan dua pencapaian baharu menerusi pembukaan cawangan ketujuh Yobe Crafted di pusat beli-belah 1 Utama, selain bakal menawarkan perkhidmatan penghantaran melalui foodpanda.
Menariknya, pembukaan cawangan terbaharu itu menjadikan Yobe Malaysia memiliki tujuh cawangan dalam tempoh hanya enam bulan, sekali gus memperlihatkan perkembangan jenama tempatan tersebut dalam pasaran pencuci mulut.
Terletak di SK3, Aras 2F Promenade, 1 Utama Shopping Centre, cawangan baharu ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung yang ingin menikmati yogurt sejuk beku sambil meluangkan masa membeli-belah.
Namun, bukan itu sahaja yang menarik perhatian.
Bermula 1 Disember 2026, pelanggan juga boleh mendapatkan yogurt sejuk beku keluaran Yobe Malaysia melalui foodpanda tanpa perlu berkunjung ke premis fizikal mereka.
Menerusi kerjasama ini, pelanggan boleh membuat pesanan daripada menu penghantaran khas yang disediakan, selain menikmati promosi tertentu yang menawarkan lebih nilai untuk wang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yobe Malaysia, Leon Tang, jenama itu mahu menjadikan yogurt sejuk beku Greek premium sebagai pilihan pencuci mulut yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian, bukan sekadar untuk sekali-sekala.
Beliau turut menyifatkan pembukaan cawangan ketujuh itu sebagai satu pencapaian bermakna buat pasukan Yobe Malaysia, hasil sokongan pelanggan, rakan kerjasama dan komuniti yang terus menerima jenama tempatan berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Komersial foodpanda Malaysia, Jenny Tay berkata, kerjasama tersebut merupakan sebahagian daripada usaha membantu jenama tempatan meluaskan capaian pelanggan, termasuk mereka yang berada di luar kawasan operasi premis fizikal.
Inisiatif itu juga melengkapi usaha sedia ada Yobe Malaysia seperti Yobe Hour, yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menikmati yogurt sejuk beku pada harga lebih berpatutan.
Melihat kepada perkembangan semasa, Yobe Malaysia nampaknya masih mempunyai perancangan besar untuk terus mengembangkan jenamanya.

Malah, mereka menyasarkan untuk membuka sebanyak 32 cawangan Yobe Crafted di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang akhir 2027.
Jadi, jika anda merancang untuk singgah ke 1 Utama atau lebih gemar menikmati pencuci mulut di rumah, Yobe Malaysia kini menawarkan lebih banyak cara untuk anda mendapatkan yogurt kegemaran mereka.
Nak cuba Yobe Malaysia? Ini maklumatnya:
Lokasi cawangan baharu: Yobe Crafted, SK3, Aras 2F Promenade, 1 Utama Shopping Centre.
Penghantaran: Mula tersedia di foodpanda pada 1 Disember 2026.
Laman web: yobe.com.my
Instagram: @yobemalaysia
