Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sam Edelman Buka Butik Utama Pertama Di Pavilion Kuala Lumpur

Jenama kasut fesyen Amerika Syarikat, Sam Edelman, membuka butik utama pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh pengembangan rangkaian peruncitannya di Malaysia.

Butik seluas 2,000 kaki persegi di Aras 3, Lot 3.54.21 itu merupakan ruang niaga terbesar jenama berkenaan di Malaysia serta kedai kendiri kelimanya di negara ini.

Sam Edelman dalam kenyataan memaklumkan pembukaan menjelang musim perayaan akhir tahun itu menawarkan pilihan kasut dan beg yang lebih luas, merangkumi koleksi bermusim terbaharu serta rekaan ikoniknya.

Pelanggan turut boleh mendapatkan rekaan baharu eksklusif yang hanya ditawarkan di Pavilion Kuala Lumpur untuk tempoh terhad.

Pembukaan butik itu meneruskan perkembangan rangkaian peruncitan Sam Edelman sejak memasuki pasaran Malaysia pada September 2025 menerusi kedai pertamanya di The Gardens Mall.

Sejak itu, jenama berkenaan memperluas kehadirannya dengan pembukaan kedai kendiri di Sunway Pyramid, Suria KLCC dan Gurney Plaza di Pulau Pinang.

Sam Edelman turut mengendalikan kaunter jualan di SEIBU, The Exchange TRX.

Menurut kenyataan itu, pengembangan berkenaan mencerminkan pertumbuhan kumpulan pelanggannya di Malaysia yang tertarik dengan gabungan keanggunan klasik Amerika, fesyen kontemporari serta rekaan praktikal untuk pemakaian harian.

Intipati
  • Sam Edelman membuka butik utama pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur seluas 2,000 kaki persegi.
  • Butik itu menjadi kedai kendiri kelima jenama berkenaan di Malaysia.
  • Pelanggan boleh mendapatkan koleksi bermusim, rekaan ikonik dan produk eksklusif tempoh terhad.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan