Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wad Isolasi & ICU KKM Rawat Pesakit Positif COVID-19 Adalah Tempat Paling Selamat- KP Kesihatan

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, wad isolasi dan wad unit rawatan rapi (ICU) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merawat pesakit positif COVID-19 adalah tempat yang paling selamat.

Menurutnya, daripada 181 kes melibatkan petugas kakitangan, tiada satu kes pun yang dijangkiti dari wad-wad tersebut.

Itu bermakna KKM mematuhi semua prosedur ketat yang ditetapkan bagi merawat pesakit.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media harian mengenai situasi COVID-19 di Malaysia petang tadi.

Sumber: KKM