Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Pernahkah anda menyaksikan tikus bergaduh sesama sendiri dalam hidup anda? Jika belum pernah, anda bakal menyaksikannya.
Tular satu rakaman yang memaparkan dua ekor tikus seakan sedang ‘bergaduh’ sesama sendiri di sebuah bangunan yang tidak dipastikan lokasinya.
Lebih melucukan, dalam video tersebut terdapat seekor kucing yang secara kebiasaannya akan mengejar tikus terbabit, namun sebaliknya hanya berkelakuan tenang dan menontonnya sahaja.
Video yang berdurasi selama 27 saat itu telah berjaya menarik perhatian rata-rata warganet.









Pun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut sama ada ianya disunting atau tidak. Walau bagaiamanapun, video tersebut telah membuatkan ramai yang terhibur melihat gelagat dua ekor tikus tersebut dan seekor kucing yang hanya melihat pertempuran tersebut.
Sumber: Twitter