Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mesti korang pelik kan, setiap kali berkunjung ke pantai, pastinya kita boleh melihat berjuta-juta bebola kecil dalam lingkaran yang bercorak berbeza-beza. Ya, sebenarnya itu adalah ‘kerja’ si ketam.
Seperti satu video tular di media sosial yang menunjukkan rakaman seekor ketam yang seakan ‘menguli’ tanah sehingga menjadi bentuk bulat seperti boba menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Bagaimanapun, seorang pengguna Tiktok, Iqbal Ahyar telah memberi penjelasan dengan situasi tersebut.
Katanya di dalam video tersebut, ketam akan makan nutrien daripada pasir pantai. Hal ini kerana, ketika air pasang akan membawa bahan organik ke tepi pantai. Di saat air surut, ketam-ketam akan keluar dari sarang dan menghisap pasir-pasir tersebut untuk dapatkan nutrisi semulajadi tersebut.

Jadi, pasir yang sudah tiada nutrisi akan dikumpul sehingga berbentuk seperti bebola dan dibuang ke belakang. Sebab itulah kita sering terlihat ‘bebola’ kecil ini di pantai.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet telah ‘tertipu’ di mana mereka menyangka bebola pasir tersebut adalah telur dan najis ketam. Rupanya ia adalah pasir yang telah dimakan oleh ketam-ketam di pantai.





Sumber: Iqbal Ahyar