Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Pasangan Lancar Lafaz Akad Nikah, Pengantin Perempuan ‘Kerisauan’ Melompat Gembira Setelah Sah

Gambar: TikTok @GenkMOTO

Sebuah video tular memaparkan aksi di mana seorang pengantin perempuan dilihat melompat kegembiraan sebaik sahaja dia sah bergelar isteri.

Warganet yang melihat video itu berasa terhibur dengan reaksi spontan yang diberikan oleh pengantin perempuan itu, memetik laporan BeritaHits.Id.

Video tular itu dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @genkMoto. Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat si pengantin sedang bersiap sedia untuk dinikahkan.

Semasa pengantin lelaki sedang menjalani ijab kabul, pengantin perempuan kelihatan cemas sehingga kedua-dua tangannya diletakkan di bahagian telinganya.

Sebaik sahaja pengantin lelaki selesai mengucapkan lafaz nikah dengan lancar, pengantin perempuan secara tiba-tiba melompat bangun.

Bukan itu sahaja, pengantin perempuan turut bertepuk tangan sambil ketawa sehinggakan tiara di atas kepalanya yang dipakai hampir terjatuh kebelakang.

Video yang memperoleh jumlah tontonan lebih daripada 300 ribu itu turut menjadi tular dan ramai warganet meninggalkan komen di video tersebut.

Sumber: BeritaHits.Id, TikTok @genkMoto