Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Nampak Macam Mustahil, Lelaki Ini Belanja Skill Keluarkan Kereta Dari Parkir Sempit Buat Ramai Tercengang

Ramai yang mahir untuk memandu kereta tetapi ramai juga sebenarnya yang masih kekok dan takut apabila tiba waktunya untuk meletakkan kenderaan di bahagian parkir terutama di kawasan yang sempit.

Tidak cuma itu, terkadang berlakunya perkara yang tidak terjangka ketika memarkir di tempat awam iaitu tidak dapat keluar kerana ‘dihimpit’ oleh kereta di bahagian hadapan dan belakang.

Sama seperti yang dialami oleh seorang lelaki di New York ini. Pun begitu, dia mengatasi masalah tersebut dengan sangat baik dan dapat mengeluarkan keretanya dengan berjaya.

Video yang memaparkannya sedang berusaha mengeluarkan kereta dari kawasan yang sempit itu menjadi tular sejak beberapa minggu yang lalu.

Menerusi video itu, lelaki terbabit nampaknya sudah biasa menghadapi keadaan sebegitu kerana dia dapat melakukannya dengan sangat mudah.

Beberapa orang yang berada di situ juga mungkin ‘berdebar-debar’ melihat aksi lelaki tersebut tetapi mereka akhirnya lega kerana kereta tersebut dapat dikeluarkan tanpa mengalami sebarang pelanggaran.

Tidak semua orang boleh melakukannya kerana ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Walaupun video tersebut mengagumkan warganet di seluruh dunia tetapi penduduk di New York mengatakan bahawa ia situasi yang sudah biasa dihadapi oleh mereka di sana, lapor Indian Express.

Kalau situasi macam ni berlaku pada korang, korang rasa boleh ke keluarkan kereta tu?

Sumber: Indian Express, Viral Videos