Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Terlepas Pandang Benda Ini Bila Pasang 'Aircond' Kereta Ketika Musim Jerebu

Pasang 'Aircond' Kereta
Kredit: Threads

Jerebu yang melanda beberapa kawasan di Malaysia sejak kebelakangan ini kian merungsingkan saban hari.

Disebabkan itu, ramai mula mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di luar rumah.

Ada yang memakai pelitup muka, manakala aktiviti luar turut dikurangkan bagi mengelakkan pendedahan terlalu lama kepada udara berjerebu.

Bagi yang perlu memandu, tingkap kereta biasanya ditutup rapat dan aircond dipasang sepanjang perjalanan.

Namun, ada satu perkara kecil pada sistem aircond yang ramai mungkin terlepas pandang

Tip Pasang Aircond Kereta Ketika Jerebu

Seorang pengguna TikTok, Uncle Adrian_Linked_Aircond, berkongsi tentang fungsi butang air recirculation yang ramai mungkin terlepas pandang. Butang itu biasanya mempunyai simbol kereta dengan anak panah berpusing di dalamnya.

Pilih mod kitaran udara dalam kabin

Menurutnya, simbol anak panah berpusing menandakan sistem menggunakan udara yang sedia ada dalam kabin. Satu lagi simbol pula menunjukkan udara dari luar ditarik masuk ke dalam kereta.

Jadi, ketika jerebu, pilih mod kitaran udara supaya udara luar yang tercemar tidak mudah masuk melalui sistem penyaman udara. Panduan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) turut menyarankan pemandu menutup tingkap dan menggunakan mod recirculate ketika asap tebal di luar.

Sebelum mula memandu, tengok semula simbol pada butang aircond. Pastikan anak panah berpusing di dalam simbol kereta menyala, bukannya anak panah yang menunjukkan udara dari luar masuk ke kabin.

Mod ini membantu mengurangkan kemasukan udara luar, tetapi bukan jaminan kabin bebas daripada pencemaran. Jika jerebu semakin teruk, kurangkan aktiviti di luar dan elakkan perjalanan yang tidak perlu.

Intipati
  • Jerebu mendorong orang ramai menutup tingkap kereta dan memasang penyaman udara sepanjang perjalanan.
  • Pengguna TikTok berkongsi fungsi butang air recirculation yang menggunakan udara sedia ada dalam kabin.
  • Mod kitaran udara membantu mengurangkan kemasukan udara tercemar, tetapi tidak menjamin kabin bebas pencemaran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan