Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Mungkin Ada “Parcel” Nak Diambil, Viral Biawak ‘Lawat’ & Buat Abang J&T Laju Bangkit Dari Kerusi

Gambar: makassar_iinfo

Tular berkenaan satu rakaman kamera CCTV yang memaparkan seekor biawak entah dari mana secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam salah satu outlet yang dipercayai J&T di indonesia.

Rakaman tersebut bermula dengan seorang kakitangan J&T yang terdapat dalam rakaman itu secara tiba-tiba berdiri dan tampak panik.

Kemudiannya, seekor biawak yang sesat kelihatan memasuki outlet berkenaan secara tiba-tiba.

Biawak tersebut kemudiannya terus meluru ke arah bawah kerusi di dalam outlet berkenaan selepas ternampak pekerja tersebut.

Orang ramai yang berada di luar outlet tersebut juga tampak panik dan terkejut dengan kelibat biawak terbabit

Tiada maklumat lanjut berkenaan nasib biawak tersebut. Namun begitu, video itu telah menjadi tular di media sosial.

Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih daripada 129 ribu kali.

Warganet yang menonton video berkenaan turut memberi komen yang lucu berkenaan insiden tersebut.

“Dia geram parcel dia dah setahun tak sampai-sampai, makanya dia terpaksalah datang ambil sendiri,” tulis seorang warganet.

“Ada pelanggan datang tak disambut secara baik pula,” tulis seorang lagi warganet.

“Aduh, tu kenapa bekas kekasih saya berkeliaran sampai ke situ?” tulis yang lain.

Sumber: makassar_iinfo