Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Mak Ayah Tak Sedar Anak ‘Hanyut’, Bayi 1 Tahun Menangis Ketakutan Terapung Seorang Diri Di Laut Berjaya Diselamatkan

Gambar Via Daily Mail

Seorang bayi yang berusia 1 tahun dilaporkan telah diselamatkan selepas terapung di tengah laut di Tunisia.

Menurut Mirror, bayi itu duduk di dalam pelampung yang berwarna merah jambu dan disyaki telah ‘dibawa’ oleh angin kencang sehingga boleh sampai ke tengah laut. Difahamkan, ibu bapanya tidak sedar ketika kejadian tersebut berlaku.

Ia berlaku pada Sabtu lalu dan video detik-detik ketika ‘misi’ menyelamatkan bayi itu telah tular di media sosial.

Menerusi video itu, dapat dilihat bahawa pegawai Perlindungan Awam mengangkat bayi tersebut dari pelampung dan membawanya ke tempat selamat.

Bayi itu menangis tetapi dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengguna media sosial pula menyatakan kelegaan kerana bayi itu telah diselamatkan tetapi mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh ibu bapanya sehingga tidak sedar mengenai kehilangan anak mereka.

Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku dan disebabkan itu pihak berkuasa Tunisia telah mengingatkan ibu bapa agar berwaspada dan memantau anak masing-masing.

Sumber: Mirror