Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Gelagat Burung ‘Patuk’ Landak Untuk Bantu Lintas Jalan Tarik Perhatian Ramai

Gambar : Dailymail

Bukan hanya manusia, semua makhluk hidup di muka bumi tidak akan dapat hidup sendirian, termasuk juga haiwan. Mereka juga memerlukan bantuan dari makhluk lain dalam kehidupan.

Seperti satu video menarik tentang aksi seekor burung yang membantu landak untuk melintasi jalan.

Dalam klip yang dikongsikan oleh media Dailymail, terlihat seekor burung gagak membantu seekor landak melintasi jalan raya. Landak itu dilihat berada di tengah-tengah jalan sambil ditolak menggunakan paruh si gagak sehingga ke pinggir jalan.

Rakaman itu menarik perhatian apabila landak itu tidak bergerak terus ke pinggir jalan, namun hanya beberapa tapak ke hadapan sebelum ditolak burung tersebut.

Sumber : Dailymail