Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Kereta Mainan Ni Patah, Nanti Atok Beli Lain..." - Gelagat PM Anwar Hulur RM50 Pujuk Budak Menangis Curi Perhatian

Gelagat PM Anwar
Kredit: Threads

Bagi kanak-kanak, mainan kesayangan sememangnya cukup berharga. Jika rosak atau patah, bukan mudah untuk memujuk atau mengambil semula hati mereka.

Iklan

Namun, seorang kanak-kanak mendapat perhatian daripada Perdana Menteri sendiri selepas kereta mainannya patah.

Menerusi perkongsian video di media sosial, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mendekati si kecil yang sedang menangis sebelum cuba menenangkan hatinya.

Gelagat PM Anwar Pujuk Kanak-Kanak Menangis

Gelagat spontan Anwar yang membahasakan dirinya sebagai “atok” ketika memujuk kanak-kanak berkenaan turut mencetuskan suasana mencuit hati.

Lebih menarik perhatian, beliau siap menghulurkan RM50 kepada si kecil itu untuk membeli kereta mainan baharu.

“Kereta mainan ni patah. Nanti atok beli lain. Mainan ni pegang, ini (serah RM50) nanti beli baharu yang lebih cantik, yang lagi besar okay,” katanya ketika memujuk kanak-kanak berkenaan.

Anwar dengan nada memujuk turut meminta si kecil itu memegang mainannya yang rosak sambil menawarkan wang untuk mendapatkan pengganti yang lebih cantik dan besar.

Momen tersebut memperlihatkan sisi yang jarang dilihat mengenai Perdana Menteri ketika melayani kanak-kanak, di sebalik kesibukan menjalankan tugasnya.

Bagi orang dewasa, mungkin sekadar sebuah kereta mainan yang patah. Namun, buat si kecil, perhatian dan pujukan seperti itu cukup bermakna ketika sedang bersedih.

Tindakan Itu Dipuji Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyokong tindakan itu dan menyifatkan ia satu sifat yang terpuji.

“Tiada kelas tiada pangkat hanya seorang Datuk yang tak sampai hati melihat anak kecil menangis,” luah seorang pengguna.

“Ya Allah, what is this akhlak. Jelesnya tengok akhlak PMX dengan wife. The empathy, love, kindness, tenderness,” komen seorang pengguna lain.


Sumber:Threads
Intipati
  • Anwar Ibrahim dilihat memujuk kanak-kanak menangis selepas kereta mainannya patah dalam video tular.
  • Beliau membahasakan diri sebagai atok dan menghulurkan RM50 untuk membeli mainan baharu.
  • Ruangan komen menunjukkan beberapa pengguna memuji tindakan Anwar melayani kanak-kanak berkenaan dengan baik.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan