Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Uji Ubat Rawat Covid-19, WHO Pilih 9 Hospital Di Malaysia Sertai Kaji Selidik

Malaysia terlibat dalam Kajiselidik Solidariti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menguji ubat yang berpotensi merawat Covid-19.

Iklan

Perkara tersebut diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Twitter rasmi KKM Putrajaya sebentar tadi.

Sebanyak 9 hospital terpilih dalam kajiselidik tersebut bagi mengumpul data keberkesanan rawatan dengan menggunakan empat ubat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, penyertaan Malaysia dalam kajiselidik sedunia ini dapat membantu dalam pencarian ubat menyelamatkan nyawa untuk pesakit Covid-19.

Sumber: KKM