Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 172 Kes Baru Covid-19 Dilaporkan Di Malaysia Setakat Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa terdapat 172 kes baru dilaporkan. Ini menjadikan kes keseluruhan yang terdapat di Malaysia termasuk 199 yang telah sembuh sebanyak 1,796 secara keseluruhannya.

Dalam 172 kes positif yang dilaporkan hari ini, 71 daripadanya adalah daripada kes kluster Sri Petaling manakala yang lainnya masih sedang disiasat.

Sementara itu, 45 pesakit Covid-19 yang lain sedang dirawat di ICU termasuk 34 orang yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber: KKM