Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 5 Kes Baru COVID-19 Termasuk 3 Kes Import, Semua Warganegara

kes baru COVID-19
Kredit: Google

Putrajaya, 3 Julai – Sebanyak 5 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham.

“Sehingga 3 Julai 2020 jam 12 tengah hari, terdapat 5 kes baru yang dilaporkan menjadikan jumlah kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,648 kes,” katanya.

Tambah beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 81 kes sahaja.

Daripada tiga kes import yang mendapat jangkitan luar negara, semua warganegara Malaysia, katanya.

Kesemua mereka juga tidak menunjukkan sebarang gejala.

Sementara itu, kedua-dua kes dalam negara melibatkan kes saringan pra-rujukan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Tiada kes melibatkan bukan warganegara hari ini.

Dua kes di Unit Rawatan Rapi, kedua-dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian dilaporkan hari ini, jumlah kematian kekal 121 kes bersamaan 1.39 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM