Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 190 Lagi Kes Terbaru Positif Covid-19 Di Malaysia

Gambar Hiasan via Google

Sebanyak 190 kes baharu positif jangkitan virus Covid-19 dilaporkan di Malaysia pada hari ini sekaligus menjadikan keseluruhan 428 kes termasuk yang telah sembuh dan discaj di negara ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi makluman yang dimuat naik melalui akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, sebahagian besar kes baharu ini berkait dengan kes kluster perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Pengesanan peserta perhimpunan tabligh masih giat dijalankan

KKM menyeru kepada peserta perhimpunan ini untuk segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah bagi tindakan lanjut.

Dalam pada itu, tujuh kes positif sebelum ini telah berjaya pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj.

Sehingga kini, 9 kes positif Covid-19 sedang dirawat ICU.

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:

Sumber: KKM

Baca: Takde Idea Nak Bawak Anak-Anak Berjalan Di Musim Cuti, Sunway Velocity Mall Bagi Baucer Shopping Pada Kanak-Kanak Yang Sertai Permainan