KUALA TERENGGANU, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM1,500 kepada lebih 14,000 penjawat awam negeri itu.
Pemberian bonus itu diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Anak Jati Terengganu Cipta Sejarah, Muncul Juara Dunia Memanah Tradisional Di Korea Selatan
Terbengkalai Sejak 2017, Kuarters Kerajaan RM20 Juta Di Terengganu Kini Jadi Kampus Kolej Al-Quran
(Video) “Doakan Terengganu,” Keadaan Beberapa Kawasan Di Terengganu Selepas Dipercayai Dilanda Kejadian Ombak Besar
“Kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam negeri Terengganu,” katanya tanpa memperincikan kaedah dan tarikh pembayaran bonus berkenaan.
Isnin lepas, Kerajaan Negeri Terengganu membentangkan Belanjawan 2027 yang memperuntukkan RM1.983 bilion untuk perbelanjaan mengurus, termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM450 juta.
Belanjawan bertemakan “Melakar Bahagia, Memacu Sejahtera” itu melibatkan perbelanjaan pembangunan, sebanyak RM346 juta atau 77 peratus diperuntukkan kepada sektor sosial, RM82 juta (18 peratus) kepada sektor ekonomi manakala RM22 juta (lima peratus) kepada sektor pentadbiran bagi menyokong agenda pembangunan negeri.

