Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa sedih serta dukacita atas pemergian Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.
Baginda berdua turut berkenan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah serta mendoakan mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat sukar berkenaan.
“Baginda turut mengenali adik-beradik Allahyarham, yang dilahirkan di Klang, Selangor, serta turut berdukacita di atas kehilangan ini.
“Duli-Duli Tuanku mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office.
Allahyarhamah Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini, pada usia 100 tahun.
Allahyarhamah meninggalkan tujuh orang anak.
Jenazah Allahyarhamah diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara dan akan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

