Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Atas Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Agong Zahir Ucapan Takziah Pemergian Tun Hasmah
Kredit: Faecbook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Berita pemergian Allahyarham disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.

Intipati
  • Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah.
  • Seri Paduka Baginda berdua mendoakan Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman.
  • Dr Siti Hasmah meninggal dunia di IJN pada usia 100 tahun, meninggalkan tujuh anak.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan