Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suasana Hiba Menyelubungi IJN Pagi Ini Susulan Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

suasana hiba menyelubungi IJN
Kredit: Tangkap layar suasana di perkarangan Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini. --Video BERNAMA

Suasana hiba menyelubungi pekarangan Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini susulan pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Suasana hiba menyelubungi IJN

Menurut perkongsian video oleh Bernama di Facebook, kelihatan anggota polis bersama pengawal keselamatan IJN mengawal pergerakan orang ramai serta aliran lalu lintas di sekitar pintu masuk premis berkenaan.

Kawalan dilakukan bagi memastikan keadaan di sekitar IJN kekal terkawal susulan berita pemergian Allahyarhamah.

Menurut laporan Bernama, Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di IJN pagi ini.

Berita pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.

Dalam perkembangan berkaitan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Intipati
  • Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di IJN pada usia 100 tahun.
  • Pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, ketika dihubungi Bernama hari ini.
  • Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan takziah serta mendoakan keluarga Allahyarhamah tabah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan