Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Penyerang Manchester City, Sergio Agüero dilaporkan positif COVID-19. Menurut The Guardian, beliau kini sedang menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan menjadi kontak rapat terhadap satu kes COVID-19.
Dalam kicauannya di Twitter, beliau mengaku mempunyai beberapa simptom, lapor portal itu.
“Selepas kontak rapat, saya sedang mengkuarantin kendiri dan ujian terbaru saya ambil didapati positif COVID-19. Saya mengalami beberapa simptom dan mengikut arahan doktor untuk pulih. Jaga diri semua!” tulisnya.
Teman wanitanya, Sofia Calzetti turut dilaporkan mengaku telah dijangkiti virus berkenaan.
Pemain berusia 32 tahun itu dikatakan telah ketinggalan empat perlawanan kerana menjalani pembedahan lutut pada Jun tahun lalu di samping mengalami kecederaan hamstring pada Oktober.
Beliau merupakan salah seorang pemain senior yang terpaksa dikuarantin beberapa minggu kebelakangan ini termasuk Kyle Walker, Gabriel Jesus dan Ferran Torres.