Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Seram Dengan Bini..." Suami Terkejut Isteri Berjaya Cabut Singki, Selamat Diri Dari Tandas Terkunci

Isteri Cabut Singki

Apabila berdepan situasi mencemaskan, seseorang mungkin sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan diri, termasuk menggunakan cara yang tidak pernah terfikir sebelum ini.

Namun, tindakan luar jangka seorang wanita yang terkunci di dalam tandas baru-baru ini bukan sahaja membuatkan suaminya lega kerana dia selamat, malah turut membuatkan lelaki itu berasa 'gerun'.

Menerusi perkongsian di Threads, Ahmad Azrin Mustapha menceritakan kejadian yang menimpa isterinya ketika mereka sedang berjauhan.

Suami Terkejut Isteri Berjaya Cabut Singki

Menurut Ahmad, dia menerima panggilan telefon daripada isterinya yang sedang menangis kerana panik selepas mendapati dirinya terkunci di dalam tandas.

“Petang semalam bini telefon sambil menangis. Dia cakap dia panik sebab terkunci dari dalam,” katanya.

Bimbang dengan keadaan isterinya, Ahmad terus mengambil keputusan untuk pulang dari Kuantan ke Damansara bagi memastikan keselamatannya.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, dia menerima panggilan daripada isterinya yang memaklumkan bahawa dia sudah berjaya keluar dari tandas tersebut.

“Dia telefon aku lepas dapat keluar dari tandas tu. Aku terus gerak dari Kuantan ke Damansara.

“Aku cakap jangan menangis kerana panik tapi menangis dengan kegembiraan sebab berjaya keluar dari tandas,” ujarnya.

Setibanya di rumah, Ahmad membawa isterinya ke klinik untuk mendapatkan rawatan selepas mendapati terdapat kesan luka dan bengkak pada tangannya.

“Aku terus bawa dia pergi klinik sebab ada bengkak kat tangan dan luka,” katanya.

Namun, selepas melihat bagaimana isterinya berjaya melepaskan diri, Ahmad mula tertanya-tanya dari mana datangnya tenaga luar biasa yang digunakan wanita itu ketika panik.

Mana tidaknya, isterinya dipercayai menggunakan singki tandas untuk memecahkan tombol pintu sebelum berjaya keluar dari ruang tersebut.

Lebih mengejutkan, wanita itu bukan sahaja berjaya mencabut singki yang dipasang pada dinding, malah turut mematahkan paip PVC yang digunakan pada bahagian berkenaan.

“Jadi persoalan, bini aku ni apa wei? Kudrat celah mana sampai boleh cabut sinki pastu hentak tombol sampai pecah gitu? Paip PVC tu pun patah,” soalnya.

Insiden tersebut membuatkan Ahmad bukan sahaja bersyukur isterinya berjaya menyelamatkan diri, malah mengakui dirinya sedikit 'gerun' melihat kekuatan yang ditunjukkan wanita itu.

“Seram pulak aku dengan bini aku ni,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya lelaki berseloroh mengingatkan Ahmad supaya sentiasa menjaga hati isterinya agar tidak mengalami nasib yang sama seperti singki dan tombol pintu tersebut.

Dalam masa sama, pengguna wanita turut mencuit hati dengan komen mengenai bagaimana seseorang boleh menunjukkan kekuatan luar biasa ketika berdepan situasi terdesak, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi lucu dalam kalangan warga maya.

Sumber:Threads
Intipati
  • Ahmad Azrin Mustapha menerima panggilan isterinya yang panik selepas terkunci dalam tandas.
  • Wanita itu kemudian berjaya keluar sebelum suaminya tiba dari Kuantan ke Damansara.
  • Isterinya dipercayai mencabut singki dan memecahkan tombol pintu, menyebabkan tangan luka dan bengkak.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan