Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Serah Pada Hadi Awang, Ahli PAS 'Kunci Mulut' - Takiyuddin Hassan
Semua pimpinan dan ahli PAS diarah tidak membuat sebarang kenyataan berhubung perkembangan terkini parti itu dengan pihak lain tanpa kebenaran khas.
Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, berkata sebarang ulasan di mana-mana saluran media atau komunikasi adalah tidak dibenarkan buat masa ini.
"PAS meminta semua pimpinan dan ahli PAS agar tidak membuat sebarang kenyataan ataupun ulasan mengenai perkembangan terkini.
"Ia termasuk melibatkan pihak-pihak lain dengan PAS dalam mana-mana saluran media atau komunikasi melainkan dengan kebenaran khas Parti.
"Semua pihak diminta kekal tenang dan menyerahkan perkara seumpama ini kepada Tuan Guru Presiden dan kepimpinan Parti yang akan menguruskannya dengan cermat dalam waktu terdekat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, PAS akan menilai semula kerjasama politik dengan Bersatu ekoran beberapa tindakan yang dianggap melanggar semangat setia kawan.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi satu sidang media berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu n telah menarik balik Akuan Bersumpah (SD) terhadap pembentukan kerajaan Negeri Sembilan.
Menurutnya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menghantar surat kepada Bersatu berhubung perkara itu.
"Tiba-tiba Bersatu tarik SD itu, dibatalkan. Kita anggap ini satu langkah yang melanggar setia kawan
"Alasan-alasan yang diberi kita tak boleh terima. UMNO tak tarik, mengapa Bersatu tarik," katanya.