Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anwar Serah Pada Pihak Berkuasa Siasat Ahli Parlimen Didakwa Sentuh Sensitiviti Agama

Anwar
Kredit: Bernama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat seorang Ahli Parlimen yang didakwa membuat kenyataan menyentuh sensitiviti keagamaan ketika mengunjungi Terengganu, baru-baru ini.

Iklan

Perdana Menteri menegaskan, tiada pihak terkecuali daripada tindakan penguatkuasaan sekiranya membangkitkan isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Beliau juga menegaskan pendiriannya bahawa tidak bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen berkenaan yang dilapor mempersoalkan penutupan premis perniagaan bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

“Kenyataan Ahli Parlimen terbabit, saya tidak bersetuju. Itu jelas.

“Walaupun kini sudah minta maaf, itu saya serah kepada siasatan... apakah kenyataan dibuat selepas mohon maaf, itu keputusan PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai tindakan ke atas seorang Ahli Parlimen yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti keagamaan.