Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Seluruh England: Zii Jia Singkir Momota Mara Ke Separuh Akhir

Gambar: Bernama

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Perseorangan utama lelaki negara Lee Zii Jia mengecewakan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dari Jepun hari ini untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England.

Zii Jia menewaskan pilihan pertama Momota 21-16, 21-19 dalam tempoh 55 minit pada perlawanan suku akhir di Utilita Arena, Birmingham.

Zii Jia, 22, pemain pilihan keenam, mempamerkan aksi cemerlang untuk mencatat kemenangan pertamanya menentang bintang Jepun itu dalam tujuh pertemuan.

Pemain ranking ke-10 dunia itu akan berdepan Mark Caljouw dari Belanda esok.

Mark, yang berada di ranking ke-36 dunia, menyingkirkan pemain India, Lakshya Sen 21-17, 16-21, 21-17 pada perlawanan suku akhir.

Sumber: BERNAMA