Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Selalu Pasang Dalam Kereta, Ini Rupanya Cara Radio Berfungsi

Azzwin
radio
Kredit: Flow/AI

Selalu Pasang Dalam Kereta, Ini Rupanya Cara Radio Berfungsi

Walaupun hari ini ramai menggunakan aplikasi muzik dan podcast melalui internet, radio masih menjadi pilihan utama ketika memandu.

Sama ada untuk mendengar lagu, berita, laporan trafik atau sembang penyampai, radio dalam kereta boleh memainkan siaran secara langsung walaupun kenderaan sedang bergerak.

Namun, ramai sebenarnya tidak tahu bagaimana suara dari studio radio boleh dihantar melalui udara sebelum diterima terus oleh radio di dalam kereta.

Justeru, kali ini SK ingin kongsikan penjelasan daripada portal HowStuffWorks mengenainya.

Sejarah Radio

Menurut portal HowStuffWorks, radio boleh dibina dengan konsep yang sangat mudah. Pada awal perkembangan teknologi radio sekitar abad ke-20, ramai orang boleh melakukan eksperimen sendiri kerana teknologinya tidak terlalu rumit.

Sebagai contoh, seseorang hanya memerlukan:

  • bateri 9 volt

  • syiling

  • radio AM

Kredit: Flow/AI

Apabila syiling disentuhkan seketika pada terminal bateri, sambungan elektrik akan berlaku dan menghasilkan gangguan kecil pada gelombang radio.

Difahamkan, gangguan ini boleh didengar sebagai bunyi “berdesir” pada radio AM berhampiran.

Walaupun isyarat tersebut sangat lemah dan hanya boleh dihantar dalam jarak dekat, ia sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bateri dan syiling itu bertindak sebagai pemancar radio asas.

Jika bunyi gangguan itu digunakan mengikut kod Morse, komunikasi ringkas juga boleh dilakukan.

Radio yang lebih lengkap

Jika ditambah dengan beberapa komponen lain seperti wayar dan fail besi, sistem radio asas boleh menghasilkan lebih banyak gangguan elektrik dan isyarat radio yang lebih jelas.

Pada zaman awal radio, teknologi seperti ini dikenali sebagai “spark coil”. Ia menghasilkan percikan elektrik berkuasa tinggi untuk menghantar gelombang radio.

Namun hari ini, sistem seperti itu tidak lagi digunakan kerana ia mengganggu terlalu banyak frekuensi radio lain.

Kredit: Flow/AI

Bagaimana radio berfungsi?

Portal HowStuffWorks menjelaskan bahawa radio moden menggunakan gelombang berbentuk sinus atau “sine wave” untuk menghantar maklumat.

Berbeza dengan radio awal yang menghasilkan bunyi gangguan sahaja, gelombang sinus membolehkan penghantaran maklumat yang lebih kompleks seperti:

  • suara

  • muzik

  • video

  • data internet

Setiap siaran radio menggunakan frekuensi yang berbeza supaya tidak bertindih antara satu sama lain.

Kredit: Flow/AI

Jika gelombang radio boleh dilihat dengan mata kasar, sebenarnya terdapat ribuan gelombang radio bergerak di sekeliling kita pada setiap masa, termasuk:

  • siaran TV

  • radio AM dan FM

  • komunikasi polis

  • isyarat telefon

  • GPS

  • satelit

Dua bahagian utama radio

Setiap sistem radio mempunyai dua komponen utama:

1. Pemancar (Transmitter)

Pemancar berfungsi mengambil maklumat seperti suara atau data, kemudian menukarkannya kepada gelombang radio sebelum dihantar melalui antena.

2. Penerima (Receiver)

Penerima pula menangkap gelombang radio menggunakan antena dan menukarkannya semula kepada bunyi atau data yang boleh digunakan.

Bagaimana gelombang radio terhasil?

Menurur portal HowStuffWorks, apabila arus elektrik mengalir dalam wayar, ia menghasilkan medan magnet di sekeliling wayar tersebut.

Jika medan magnet itu berubah-ubah dengan cepat, ia boleh menghasilkan gelombang elektromagnet yang bergerak melalui udara.

Kredit: Flow/AI

Difahamkan, gelombang inilah yang dikenali sebagai gelombang radio.

Lebih cepat perubahan arus berlaku, lebih mudah gelombang radio dihantar.