Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Coway, Syarikat Best Life Solution, dengan bangganya mengumumkan kembalinya acara larian tahunan yang dinanti-nantikan, Coway Run, yang bakal berlangsung pada 27 September 2026 di Stadium Merdeka yang ikonik.
Menjelang edisi ke-10 yang bersejarah, Coway Run tahun ini tampil dengan tema baharu yang berani, “Rentak Ke Hadapan”, yang menggariskan komitmen teguh Coway terhadap kemajuan berterusan, kehidupan yang lebih baik serta bergerak maju bersama tanpa batasan.
Berlatarbelakangkan mercu bersejarah Stadium Merdeka, Coway Run 2026 melangkaui pengalaman larian tradisional, ia tampil sebagai simbol ketabahan, keazaman dan semangat utuh untuk terus mengorak rentak ke hadapan sebagai sebuah negara.
Janice Tan, Pengurus Bahagian Pemasaran Coway Malaysia berkata, “Sempena ulang tahun ke-20 Coway dan sedekad penganjuran Coway Run, Rentak Ke Hadapan diangkat bersandarkan prinsip bahawa kemajuan itu tiada garisan penamat."

"Untuk edisi yang penuh bermakna ini, kami menggantikan kategori tradisional 21KM dengan kategori baharu 30KM, eksklusif untuk tahun 2026. Perubahan ini melambangkan komitmen berterusan kami untuk menginspirasikan rakyat Malaysia agar mencabar potensi diri dan melangkaui batas masing-masing.”
Coway Run 2026 bakal menampilkan pelbagai kategori larian yang direka untuk memenuhi keperluan semua peringkat kecergasan, termasuk larian santai 5km untuk dewasa dan kategori 5km khusus untuk kanak-kanak, serta larian 10km dan kategori istimewa 30km. Kepelbagaian ini menjadikan Coway Run 2026 satu pengalaman inklusif untuk atlet berpengalaman, pelari kasual dan seisi keluarga.
Jualan tiket akan bermula secara rasmi pada 1 Mei 2026 dengan jualan selama 24 jam, menawarkan tiket serendah RM49. Ia akan diikuti dengan jualan selama 72 jam dan Jualan Tiket Umum yang berlangsung sehingga 31 Ogos 2026. Sebagai tambahan, 10 peserta bertuah yang membeli tiket Coway Run 2026 dari 1 Mei 2026 hingga 4 Mei 2026 berpeluang memenangi hadiah eksklusif.

Seiring dengan misinya untuk memperkasa komuniti agar terus mengorak rentak ke hadapan, Coway akan menyalurkan RM10 bagi setiap tiket yang dijual kepada Projek Coway Happy Water, satu inisiatif yang memfokuskan penyelesaian mampan serta memperkasa komuniti Orang Asli dengan akses kepada air bersih.
Bagi melengkapi keseronokan acara larian ini, Coway Run 2026 bakal memeriahkan suasana dengan tapak karnival larian yang padat dengan pengisian menarik.
Antaranya adalah reruai permainan interaktif serta aktiviti santai buat seisi keluarga, di mana setiap aktiviti disajikan dengan pengalaman menyeronokkan untuk para peserta serta pengunjung, sejajar dengan misi Coway untuk menjadikan gaya hidup sihat lebih mudah diakses dan dinikmati oleh semua.

Sama ada berlari untuk mencapai rekod peribadi, berkongsi pengalaman bersama insan tersayang atau berlari demi kebaikan bersama, Coway Run 2026 mengajak rakyat Malaysia untuk terus mengorak rentak ke hadapan, selangkah demi selangkah, sambil meraikan sedekad perjalanan bersama.
Bagi mengetahui maklumat lanjut dan perkembangan terkini Coway Run 2026, sila layari www.cowayrun.com.my untuk mendapatkan tiket anda sekarang.