Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Wahai ‘kaki-kaki shopping’ menjelmalah anda.
Bacaan ini akan membuatkan anda menggigil kepala lutut dek mengenangkan ‘kekecohan’ jualan ‘Black Friday’ yang diadakan setiap hujung tahun.
Apa ‘Black Friday’ ni? “Black Friday” adalah gelaran untuk hari Jumaat selepas Thanksgiving Day di Amerika Syarikat yang disambut pada hari Khamis minggu keempat setiap November. Black Friday menandakan bermulanya Christmas Shopping Season di Amerika Syarikat sejak 1952.


Untuk yang dah biasa bercuti di luar negara setiap kali tiba musim sejuk hujung tahun, mesti dah terbayang seronoknya suasana Black Friday ni. Jalan raya penuh dengan orang walaupun tengah malam, kedai dibuka beberapa hari tanpa tutup dan pastilah harga-harga promosi mula buat orang rambang mata! ‘Black Friday’ kalau di luar negara antara hari yang paling ditunggu-tunggu orang kat US dan pelancong-pelancong luar juga. Hari ni menandakan bermulanya musim cuti dan paling best dan mengujakan adalah hari jualan murah sehingga 50%-70%.
Personal shopper dari Malaysia, Nor Rafidah Khairuddin berkongsi pengalaman setiap kali ke US pada musim ‘Black Friday’.
“Black Friday adalah waktu dimana harga barangan fesyen dan elektronik boleh jatuh sehingga 50%. Mereka sanggup berebut seperti orang nak bergaduh hanya untuk mendapatkan barangan rumah dan personal. Ada juga yang sampai meragut nyawa kena pijak kerana berebut barang murah. Promosi yang kadang-kadang mencecah harga tak masuk akal.
“Black Friday berlangsung selama 48 jam dan semua outlet akan buka bermula Jumaat sehingga Ahad. Ada pembeli yang sanggup beratur sehingga 2-3 pagi dan bersejuk-sejukan di depan kedai hanya untuk pastikan mendapat barangan yang mereka inginkan. Sanggup juga saya meredah ribut salji untuk pastikan semua tempahan PRE ORDER pelanggan dapat dipenuhi.






DOOR BUSTER REMPUH PINTU?
Doorbuster digunakan oleh peniaga untuk tarik pembeli ke kedai mereka. Peniaga akan jalankan promosi pada masa yang terhad. Sale kaw kaw murah. Pembeli pun berpusu-pusu ke kedai untuk dapatkan barang yang mereka inginkan. Ni lah jadi kes kena pijak dan berhimpit-himpit. Teknik ni sangat bagi impak sampai ada pengguna yang sanggup tidur semalaman di depan kedai/outlet.


Wow, lain macam pengalaman shopping diluar negara Ini antara sisi gelap ‘Black Friday’ yang ramai diantara kita khususnya di Malaysia ini tak tahu. Walau bagaimanapun, dalam banyak-banyak ‘kisah gelap’ Black Friday di US tu, mestilah ada sisi terang-benderangnya, ye dak?
Kelebihan ‘Black Friday’
Tawaran hebat, kebanyakannya hampir tidak dapat ditolak. Beberapa syarikat melancarkan tawaran secara besar-besaran dengan harga promosi yang terlalu murah. Contohnya harga TV 65 inci yang biasanya bernilai lebih RM3,000 hingga RM5,000 boleh mencecah serendah RM800 ke RM1,000 sahaja.
Semua kedai dan outlet buka hampir sehingga 48 jam. Masa inilah semua orang baik orang tempatan dan pelancong luar akan mula shopping.
‘Black Friday’ menjadi tradisi keluarga yang gemar meluangkan masa bersama dengan orang tersayang sambil mencari tawaran harga berbaloi.
Dengar je dah seronok kan? Tahun ini, ‘Black Friday’ akan tiba lagi pada 27 November 2020. Time-time dapat gaji pulak tu. Aish, memang memanggil-manggil je. Tapi macam mana nak beli barang kat sana dengan keadaan COVID-19 sekarang ni?
Jangan risau sebab setiap tahun mesti Sellection pastikan katalog pre order disediakan untuk korang dapatkan apa sahaja barang yang korang nak dekat sana dengan harga murah meriah. Bagusnya, korang tak perlu keluar duit untuk beli tiket flight, tapi ada orang yang nak belikan barang apa korang nak.
Mesti ada yang dah biasa beli di Sellection ni sebab mereka memang terkenal dengan servis perkhidmatan pembelian barangan berjenama luar negara yang dijamin ‘trusted’.
Promosi istimewa black friday bukan sahaja berlangsung secara online tetapi juga akan di berlaku di Butik Sellection yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Jadi korang yang nak tengok barang depan mata, datang terus Butik tau.




HAA? BOLEH ANSURAN?
Iyee, Sellection sangat teruja nak pastikan semua rakyat Malaysia dapat shopping dengan gembira tahun ini walaupun secara online. Semua item yang ditawarkan sempena Black Friday boleh dibayar secara ansuran sebanyak 3 kali. Korang bayar deposit sahaja terus akan dapat barang tau. Lagi menarik ialah ada tambahan 7% diskaun lagi. Tak percaya rasanya.

Sekarang korang dah boleh start ‘scroll’ katalog dorang cepat-cepat buat booking. Siapa lambat melepas. Bukan senang nak tunggu ‘Black Friday Sale’ ni, setahun sekali je. Alang-alang beli tu, beli banyak terus, baru puas hati. Tahun baru, kena pakai semua baru. Tak gitu?




Korang boleh mula buat pre-order dari 22 November sampai 10 Disember 2020. Pre-order dan juga pembelian ready-stock boleh dibuat melalui website seperti berikut:
Bayaran Penuh: https://www.sellection.com
Bayaran Ansuran 3x: https://ansuran.sellection.com
Boleh datang ke BUTIK SELLECTION untuk SHOPPING & PICKUP ALAMAT:
No. 10, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur +60341420000
1km from Melawati Mall
Waze/ Google: Sellection Boutique
WAKTU OPERASI (BUKA SETIAP HARI)
ISNIN sehingga AHAD : 10.00pg – 7.00ptg