Nak lengkapkan rumah dengan barang elektrik asas tak semestinya kena keluarkan modal besar. Kalau tahu nak cari dekat mana, dengan bajet murah sekitar RM120 pun dah boleh dapat beberapa barang yang diperlukan untuk kegunaan harian.
Mr.DIY Premium, menerusi siri Everyday Home Appliances, menawarkan tiga pilihan perkakas elektrik untuk kegunaan asas di rumah, iaitu periuk nasi, cerek elektrik dan seterika wap.
Harganya boleh tahan mesra poket, tapi persoalannya, macam mana pula dengan fungsi dan prestasi setiap barang ni?
Harga
- Rice cooker 1.0L: RM53
- Cerek elektrik 1.7L: RM27.90
- Seterika wap 1600W: RM39
Kalau beli ketiga-tiganya, jumlah keseluruhan ialah RM119.90. Dengan bajet lebih kurang RM120, anda sudah boleh lengkapkan tiga keperluan asas di rumah tanpa perlu berbelanja modal terlalu banyak.
Rice Cooker 1.0L
Dari segi reka bentuk, periuk nasi ni tampil dengan gaya ringkas dan warna hijau pastel yang nampak kemas. Tak banyak benda rumit, sesuai untuk mereka yang cuma perlukan periuk nasi untuk kegunaan harian.

Ia dilengkapi dua lampu penunjuk, iaitu Cook dan Warm untuk memudahkan pengguna mengetahui sama ada nasi sedang dimasak atau sudah berada dalam mod pemanasan.
Kapasiti 1.0L pula sesuai untuk mereka yang tinggal seorang atau berdua.
Menariknya, periuk ini menggunakan pot aluminium tanpa salutan. Jadi, tak perlu risau tentang isu salutan yang mengelupas. Dari segi penggunaan, nasi juga masak dengan elok seperti yang diharapkan daripada periuk nasi asas.
Cerek Elektrik 1.7L
Untuk mereka yang gemar membancuh kopi atau teh, ataupun nak sediakan mi segera dengan cepat, cerek elektrik memang antara barang yang selalu digunakan.
Model berkapasiti 1.7L ini mempunyai penanda paras air dari 0.5L hingga 1.7L, jadi pengguna boleh mengisi air mengikut keperluan.

Air juga cepat mendidih, manakala fungsi auto cut-off akan mematikan pemanasan secara automatik apabila air sudah mendidih.
Selain itu, ciri perlindungan daripada pemanasan berlebihan turut disediakan. Ringkasnya, fungsi yang ditawarkan memenuhi keperluan asas untuk menyediakan air panas setiap hari.
Seterika Wap 1600W
Baju berkedut memang boleh buat penampilan nampak kurang kemas, lebih-lebih lagi kalau nak keluar bekerja atau menghadiri kelas. Sebab itu, seterika antara barang yang wajib bagi mana-mana individu bekerjaya.
Seterika wap 1600W ini dilengkapi pelaras suhu, plat tidak melekat dan lampu penunjuk. Ada juga fungsi burst steam untuk menghasilkan semburan wap tambahan ketika menggosok pakaian. Cawan penyukat turut disertakan supaya lebih mudah untuk mengisi air.

Dari segi penggunaan, seterika ini membantu melicinkan kedutan pada pakaian, termasuk baju kemeja. Tak perlu fungsi yang terlalu canggih pun, asalkan boleh membantu memastikan pakaian nampak kemas untuk dipakai.
Sesuai Untuk Siapa?
Untuk siapa yang sesuai ketiga-tiga barang ini? Golongan pelajar, individu bujang dan mereka yang baru mula tinggal sendiri antara yang boleh mempertimbangkannya.
Bayangkan pelajar yang duduk di asrama atau menyewa bilik. Ruang yang ada mungkin terhad, sementara bajet bulanan pula perlu dibahagikan untuk makan, pengangkutan dan keperluan lain.
Dalam keadaan macam ni, barang elektrik yang murah dan memenuhi keperluan asas memang boleh membantu mengurangkan perbelanjaan permulaan.
Begitu juga bagi mereka yang baru berpindah ke rumah sewa dan belum mempunyai kelengkapan sendiri. Daripada terus membeli barangan mahal, boleh mulakan dengan pilihan yang lebih mesra bajet terlebih dahulu.
Lubuk barang elektrik murah untuk yang nak berjimat, RM120 dapat tiga perkakas
Cuma, janganlah mengharapkan fungsi premium atau teknologi canggih pada harga sebegini. Apa yang ditawarkan lebih kepada fungsi asas untuk kegunaan harian, sesuai bagi mereka yang mengutamakan keperluan berbanding ciri tambahan.
Secara keseluruhannya, siri Everyday Home Appliances daripada Mr.DIY Premium boleh dipertimbangkan oleh mereka yang mahu melengkapkan keperluan asas rumah tanpa berbelanja besar.
Dengan jumlah RM119.90, anda boleh mendapatkan periuk nasi, cerek elektrik dan seterika wap. Setiap satunya menawarkan fungsi asas yang diperlukan untuk kegunaan harian, tanpa ciri tambahan yang mungkin tidak diperlukan.
Tambahan pula, produk ini disertakan waranti selama setahun dan mempunyai logo SIRIM. Jadi, bagi mereka yang sedang mencari barang elektrik asas pada harga mesra poket, pilihan ini sangat berbaloi untuk dimasukkan dalam senarai untuk dipertimbangkan.

