Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Ringkas, Penuh Kesyahduan”, Menteri Agama Jadi Saksi Pengislaman Pembantu Peribadi Permaisuri Agong

Gambar: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dijemput oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah bagi menyaksikan majlis pengIslaman seorang pembantu peribadinya hari ini.

Iklan

Beliau berkongsikan kisah tersebut melalui Facebooknya pagi tadi.

13 MAC 2020 | Pertemuan ke-3⁣ ⁣ Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan untuk mempersilakan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk hadir ke Majlis Pengislaman Kundang (Pembantu) Peribadi Raja Permaisuri Agong. ⁣ ⁣ Suasana yang ringkas dan penuh kesyahduan. Menjunjung kasih Tuanku atas usaha dakwah yang dilakukan dalam Istana. Dirgahayu Tuanku.

Sumber: Facebook