Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Dulu Anak Dia Tak Merasa...", Ibu Luah Rasa Terharu Pembantu Belikan Makanan Bayi Untuk Anaknya

Pembantu Belikan Makanan Untuk Anak Majikan
Kredit: Threads @dianamohd__
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bertemu dengan insan yang baik pastinya menjadi satu pengalaman berharga, apatah lagi apabila kebaikannya datang daripada seseorang tidak disangka.

Begitulah kisah dikongsikan seorang wanita, @dianamohd__, mengenai pembantu rumahnya yang mengutamakan keperluan anaknya berbanding kehendak sendiri.

Menerusi satu hantaran di media sosial, @dianamohd__ berkongsi bahawa pembantu rumahnya baru menerima gaji sebelum membuat beberapa pembelian secara dalam talian.

Namun, sebaik sahaja bungkusan yang dipesan tiba di kediaman mereka, wanita itu tidak menyangka barangan dibeli pembantu rumahnya begitu menyentuh hati.

Pembantu Belikan Makanan Bayi Untuk Anak Majikan

Rupa-rupanya, pembantu rumah tersebut telah membeli makanan bayi sebagai persiapan untuk anak kecil majikannya yang bakal memulakan makanan pejal dua bulan lagi.

Menurut pembantu rumahnya, dia teringin membelikan barangan tersebut kerana dahulu tidak berkemampuan menyediakan perkara sama untuk anaknya sendiri.

Lebih menyentuh hati, pembantu rumah itu turut menghadiahkan sebotol minyak wangi kepada majikannya sebagai tanda ingatan.

“Helper aku ni baru dapat gaji taw. Harini parcel dia sampai. Tahu tak dia beli apa?

“Beli barang persiapan untuk anak aku makan lagi 2 bulan. Dia kata dulu anak dia tak dapat merasa jadi dia beli untuk anak aku. Siap dia belikan perfume untuk aku. Terharu la,” katanya.

Dalam pada itu, @dianamohd__ juga telah berkongsi video pembantunya yang sedang memeriksa barangan yang dibeli sambil menggendong anak @dianamohd__.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut mengundang rasa terharu dalam kalangan warga maya yang memuji keikhlasan pembantu rumah berkenaan.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang wanita berkongsi kisah pembantu rumahnya yang baru menerima gaji.
  • Pembantu itu membeli makanan bayi untuk anak majikan yang bakal makan pejal.
  • Dia turut menghadiahkan minyak wangi kepada majikan, membuatkan wanita itu terharu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan