Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Memandu dalam perjalanan jauh terutama di lebuh raya yang lurus dan tenang sering memberikan rasa selesa kepada pemandu.
Suasana yang sejuk dengan pendingin hawa serta bunyi latar yang perlahan boleh membuatkan perjalanan terasa lebih santai dan terkawal.
Namun dalam keadaan yang terlalu selesa ini, ramai pemandu mula berdepan satu situasi yang sama iaitu rasa mengantuk yang datang secara perlahan tanpa disedari.
Pada awalnya mungkin sekadar menguap, tetapi lama-kelamaan ia boleh menjejaskan fokus dan tahap kewaspadaan ketika memandu.
Apa yang ramai tidak sedar, keadaan ini bukan sekadar berkait dengan keletihan semata-mata.
Terdapat faktor lain yang turut memainkan peranan dan sering dipandang remeh walaupun kesannya boleh memberi risiko besar terhadap keselamatan di jalan raya, termasuk cara kita mengawal aliran udara dalam kabin kenderaan seperti penggunaan mod recirculation.
Hari ini, SK kongsikan penjelasan daripada Public Health Malaysia mengenai punca sebenar rasa mengantuk ketika memandu yang sering berlaku tanpa disedari.
Bawa kereta layan highway lurus membelah malam. Air-cond buka tahap paling sejuk. Radio pasang lagu perlahan.
Tiba-tiba, mata yang asalnya segar bugar mula jadi berat tahap kena letak mancis. Menguap bertubi-tubi sampai berair mata.
Bila mengantuk waktu drive, ramai yang salahkan perut sebab kenyang sangat makan nasi kandar tadi, atau salahkan badan sebab penat kerja siang hari.
Sebenarnya, punca utama kenapa mata korang selalu tewas kat highway berpunca dari satu butang kat dashboard kereta tu. Butang 'Recirculation' (ikon bentuk kereta dengan anak panah melengkung U kat dalam).
Kebanyakan kita memang akan pasang butang ni memanjang dari mula start enjin sampai sampai destinasi sebab tak nak bau asap luar masuk.
Tapi dari sudut sains, bila korang tutup kabin kereta rapat-rapat dan guna udara yang berputar-putar di dalam tu berjam-jam, korang sedang cipta satu 'kebuk gas' Karbon Dioksida.

Bayangkan, korang sedut Oksigen dalam kereta tu, dan hembuskan Karbon Dioksida. Bila tak ada udara luar yang masuk, paras Karbon Dioksida dalam kabin akan mencanak naik berkali ganda.
Bila otak mengesan gas CO2 terlalu tinggi dan Oksigen makin merosot, ia akan keliru dan masuk ke 'Power Saving Mode'.
Otak akan terus paksa badan korang untuk rasa mengantuk dan 'shut down' secara automatik. Inilah punca utama berlakunya 'Microsleep' yang membunuh dalam senyap.

Bahaya kan? Korang sebenarnya sedang 'melemaskan' otak korang sendiri secara perlahan-lahan tanpa sedar.
Tolong ubah tabiat memandu ni. Setiap 45 minit hingga 1 jam perjalanan, tolong turunkan tingkap kereta sikit selama dua ke tiga minit untuk biarkan pertukaran udara berlaku. Atau tekan butang 'Fresh Air' (ikon anak panah masuk dari luar) sekejap supaya Oksigen baru boleh masuk.
Cuba ingat balik, siapa kawan atau pasangan korang yang kalau jadi 'co-pilot', tak sampai lima kilometer jalan dia dah berdengkur kat sebelah? Mungkin dia bukan malas layan korang borak, tapi otak dia dah lemas kurang oksigen.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan