Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ingatkan Bola Biasa, Ramai Baru Tahu Fungsi Sebenar Bola Oren Pada Kabel Elektrik

BOLA
Kredit: Threads/ @luqman.afifi
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pernahkah anda terfikir apakah fungsi bola berwarna oren yang sering kelihatan tergantung pada kabel elektrik, khususnya di kawasan terbuka?

Persoalan itu turut bermain di fikiran seorang pengguna Threads, luqman.afifi, yang mengakui sudah tertanya tanya mengenai fungsi objek berkenaan sejak kecil.

“Kepada yang pakar, dengan rendah diri saya bertanya. Apa fungsi bola oren dekat kabel elektrik itu? Dan bagaimana mereka menyelenggara bola itu? Adakah mereka berjalan di atas kabel? Sejak kecil lagi saya tertanya tanya,” katanya menerusi satu hantaran.

Hantaran itu kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna lain yang berkongsi jawapan dan teori masing masing, termasuk komen berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna, freshvegebakri, secara ringkas menyifatkan bola berkenaan sebagai “pedoman buat burung”.

Sementara itu, littleswoldier menjelaskan bahawa objek tersebut dikenali sebagai aerial marker ball dan berseloroh bahawa kerja penyelenggaraannya bukan dilakukan dengan berjalan di atas kabel, sebaliknya secara mengesot.

Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk mengusik anak masing masing dengan cerita spontan mengenai bola berkenaan.

“Aku selalu jadikan rujukan untuk anak anak aku. ‘Itu, korang sepaklah bola kuat kuat, nanti tersangkut. Itu entah bola siapa’,” kata kimierock secara berseloroh.

Hishamfrenzy pula berkongsi apa yang pernah didengarnya sebelum ini.

“Dulu ada kawan beritahu supaya helikopter atau burung tidak melanggar kabel itu,” katanya.

Seorang lagi pengguna, ellarasa_ellarasa, turut mengimbau kenangan zaman kanak kanak apabila menyangka bola itu berasal daripada permainan golf.

“Aku dulu kecil kecil ingat orang main golf, dia pukul bola sampai terbang ke atas tu,” katanya dalam nada berseloroh.

Adila_lutfiah pula berkongsi jawapan yang biasa diberikan apabila anaknya bertanya tentang objek berkenaan.

“Jawapan aku pula, kalau anak tanya, tidak mahu bagi burung langgar kabel itu,” komennya.

Dalam pada itu, waniey_hussin91 mengakui turut mempunyai persoalan lain yang masih belum terjawab, iaitu bagaimana menara kerangka besi boleh diangkut dan dipasang di atas bukit.

Katanya, ada yang memberitahu menara berkenaan dibawa menggunakan helikopter, namun dia sendiri belum pernah melihat proses tersebut.

Sementara itu, nrdeanaaaa berkongsi gelaran comel yang diberikan oleh anaknya yang berusia lebih dua tahun kepada objek berkenaan.

“Anak aku umur dua tahun lebih ini, dia panggil ‘bola terbang’,” komennya.

Pelbagai reaksi itu menunjukkan bagaimana objek yang sering dilihat dalam kehidupan seharian boleh mencetuskan rasa ingin tahu, selain mengundang kenangan dan gelak tawa dalam kalangan warganet.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang pengguna Threads bertanya fungsi bola oren yang tergantung pada kabel elektrik.
  • Warganet berkongsi jawapan, teori dan gurauan mengenai objek yang sering dilihat itu.
  • Ada pengguna menyebut objek tersebut sebagai aerial marker ball dan pedoman untuk burung.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan