Kemahiran memotong sayur mungkin nampak seperti perkara biasa, malah ada yang menganggap ia sekadar perlu menghiris sayur mengikut saiz yang diinginkan.
Namun, sebenarnya terdapat teknik tertentu yang perlu diketahui, termasuk cara memegang pisau dan kedudukan jari ketika memotong bagi memastikan hasilnya terlihat lebih kemas.
Cara pegang pisau untuk potong sayur
Perkara itu dapat dilihat menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang chef, @jhon908546 di Threads baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, chef berkenaan menunjukkan cara memegang pisau dengan kemas dan betul bagi memastikan pergerakan lebih stabil serta memudahkan kawalan ketika melakukan kerja-kerja memotong.
Bukan itu sahaja, kedudukan jari pada tangan yang memegang sayur juga perlu betul bagi mengelakkan jari terkena mata pisau.
Teknik yang ditunjukkan nampak mudah, tetapi sebenarnya sangat membantu untuk memastikan potongan sayur lebih kemas dan pantas.
Malah, cara memegang pisau dengan betul juga boleh mengurangkan risiko kecederaan ketika berada di dapur.
Ruangan komen dibanjiri pujian
Menariknya perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya menganggap video berkenaan sebagai satu ilmu yang berguna.
Ada juga yang mengakui baru mengetahui teknik tersebut selepas menonton demonstrasi berkenaan.

Nampaknya, perkara yang selama ini dianggap remeh dalam aktiviti memasak pun sebenarnya ada tekniknya yang tersendiri.
Perkongsian seperti ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada orang ramai untuk lebih memahami cara penggunaan pisau yang betul, sekali gus menjadi ilmu berguna untuk diamalkan ketika memasak.

