Baju kemeja sering menjadi pilihan ketika menghadiri majlis formal, mesyuarat, temu duga ataupun ke pejabat. Dipadankan pula dengan seluar yang sesuai, terus nampak lebih kemas dan bergaya.
Ketika memilih kemeja, biasanya kita akan meneliti warna, corak, saiz serta keselesaan fabrik. Bahagian kolar dan butang pun mungkin diperiksa supaya semuanya kena dengan cita rasa.
Tetapi, pernah tak anda belek bahagian belakang kemeja?
Pada sesetengah kemeja, ada satu tali kecil berbentuk gelung yang dijahit di bahagian atas belakang, berhampiran kawasan bahu. Saiznya kecil sahaja, sampai mungkin ramai langsung tak ambil peduli.
Selalu nampak masa menggosok, tetapi jarang terfikir fungsinya.
Kalau perasan pun, mungkin kita tertanya, kenapa pengeluar bersusah payah menjahit tali sekecil itu? Apa sebenarnya kegunaannya?
Apa Fungsi Tali Kecil Pada Belakang Baju Ini?

Rupa-rupanya, gelung tersebut dikenali sebagai locker loop. Menurut jenama pakaian GANT, fungsinya adalah untuk menggantung kemeja dan membantu mengelakkannya daripada berkedut ketika disimpan di bilik persalinan.
Caranya mudah, gelung itu boleh disangkut pada cangkuk. Jadi, kemeja dapat digantung tanpa memerlukan penyangkut baju biasa.
Bayangkan korang perlu menukar pakaian sebelum bersenam. Selepas membuka kemeja, gelung kecil inilah yang membolehkan baju disangkut sementara korang melakukan aktiviti.
Difahamkan, ciri tersebut pada kemeja untuk menarik pelanggan dalam kalangan pelajar universiti.
Menerusi inisiatif ini, mereka boleh menggantung kemeja di dalam loker gim supaya pakaian kekal kemas.
Sekarang baru tahu bukan apa fungsi sebenarnya tali di belakang baju ini.

